Judul : Isu pelajar Sekolah Kebangsaan (SK), SMK Sungai Baging Berjalan Kira-Kira 800 Meter Ke Hentian Bas Utama Akhirnya Selesai
link : Isu pelajar Sekolah Kebangsaan (SK), SMK Sungai Baging Berjalan Kira-Kira 800 Meter Ke Hentian Bas Utama Akhirnya Selesai
Isu pelajar Sekolah Kebangsaan (SK), SMK Sungai Baging Berjalan Kira-Kira 800 Meter Ke Hentian Bas Utama Akhirnya Selesai
KUANTAN: Isu pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Baging yang terpaksa berjalan kira-kira 800 meter ke hentian bas utama akhirnya diselesaikan.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi berkata, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah bersetuju mengubah laluan C64 bagi membolehkan perkhidmatan bas BAS.MY Kuantan melalui semula hadapan sekolah berkenaan.
Menurutnya, keputusan itu dicapai selepas perbincangan bersama pengendali perkhidmatan, Sanwa Tours (M) Sdn Bhd susulan penularan berkenaan yang tular sebelum ini.
"Saya telah berhubung terus dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan bagi menyelesaikan kemelut ini.
"Alhamdulillah, YB (Yang Berhormat ) Menteri dan Kementerian Pengangkutan telah bersetuju mengubah laluan itu dan terima kasih," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, sebelum ini, laluan bas Rapid Kuantan melalui kawasan sekolah berkenaan, namun perubahan berlaku selepas pengenalan perkhidmatan BAS.MY Kuantan pada Disember tahun lalu.
Jelasnya, perubahan itu menyebabkan laluan baharu tidak lagi meliputi kawasan itu.
"Isu kebajikan pelajar di lndera Mahkota sentiasa dekat dengan hati saya.
"Oleh itu, diharapkan usaha ini dapat memastikan kebajikan pelajar SK dan SMK Sungai Baging sentiasa terjaga dan memastikan akses pendidikan anak-anak sentiasa diutamakan," katanya.
Terdahulu, tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan isu perkhidmatan bas yang tidak memasuki kawasan sekolah.
Situasi itu menyebabkan pelajar terpaksa berjalan dan berlari sejauh kira-kira 800 meter ke hentian bas, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan, khususnya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Isu pelajar Sekolah Kebangsaan (SK), SMK Sungai Baging Berjalan Kira-Kira 800 Meter Ke Hentian Bas Utama Akhirnya Selesai
Anda sekarang membaca artikel Isu pelajar Sekolah Kebangsaan (SK), SMK Sungai Baging Berjalan Kira-Kira 800 Meter Ke Hentian Bas Utama Akhirnya Selesai dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/04/isu-pelajar-sekolah-kebangsaan-sk-smk.html

0 Response to "Isu pelajar Sekolah Kebangsaan (SK), SMK Sungai Baging Berjalan Kira-Kira 800 Meter Ke Hentian Bas Utama Akhirnya Selesai"
Catat Ulasan