Loading...

Kerajaan Pahang Bangga Pengiktirafan Bandar Lipis Dan Raub Diumum Sebagai Antara 10 Bandar Paling Bahagia Tahun 2026

Loading...
Kerajaan Pahang Bangga Pengiktirafan Bandar Lipis Dan Raub Diumum Sebagai Antara 10 Bandar Paling Bahagia Tahun 2026 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang Bangga Pengiktirafan Bandar Lipis Dan Raub Diumum Sebagai Antara 10 Bandar Paling Bahagia Tahun 2026, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang Bangga Pengiktirafan Bandar Lipis Dan Raub Diumum Sebagai Antara 10 Bandar Paling Bahagia Tahun 2026
link : Kerajaan Pahang Bangga Pengiktirafan Bandar Lipis Dan Raub Diumum Sebagai Antara 10 Bandar Paling Bahagia Tahun 2026

Baca juga


Kerajaan Pahang Bangga Pengiktirafan Bandar Lipis Dan Raub Diumum Sebagai Antara 10 Bandar Paling Bahagia Tahun 2026

KUANTAN: Kerajaan Pahang berbangga dengan pengiktirafan bandar Lipis dan bandar Raub yang diumumkan sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia tahun 2026.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pengiktirafan itu membuktikan kesejahteraan rakyat bukan sahaja diukur melalui pembangunan fizikal.

Malah katanya, pencapaian itu juga melalui keharmonian masyarakat, kualiti hidup, persekitaran yang selesa serta semangat kebersamaan yang kukuh.

"Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh kesejahteraan rakyat dan menjadikan Pahang negeri yang terus maju, aman dan membahagiakan," katanya menerusi hantaran di Facebook, tadi.

Sementara itu, Wan Rosdy ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM( 2025 Maahad Tahfiz negeri Pahang (MTNP) dan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) di sini, semalam, berkata kerajaan negeri akan mempertingkatkan kemajuan fizikal dan ekonomi negeri itu.

"Pengiktirafan ini juga membanggakan rakyat Pahang kerana setiap kali pengumuman membabitkan penghargaan, negeri Pahang tidak tercicir," katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming ketika berucap pada Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Putrajaya semalam, berkata pengukuran Tahap Kebahagiaan Bandar di Malaysia diintegrasikan dengan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia yang dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

"Ia memastikan penilaian kebahagiaan bandar adalah lebih komprehensif dan seimbang iaitu pengukuran oleh DOSM mewakili gambaran kesejahteraan rakyat secara menyeluruh pada peringkat nasional, negeri dan daerah.

"Pengukuran MURNInets pula melengkapkan analisis dengan mengambil kira pengalaman sebenar penduduk terhadap kualiti persekitaran dan perkhidmatan bandar," kata Kor Ming. #HarianMetro



Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Bangga Pengiktirafan Bandar Lipis Dan Raub Diumum Sebagai Antara 10 Bandar Paling Bahagia Tahun 2026

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang Bangga Pengiktirafan Bandar Lipis Dan Raub Diumum Sebagai Antara 10 Bandar Paling Bahagia Tahun 2026 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Bangga Pengiktirafan Bandar Lipis Dan Raub Diumum Sebagai Antara 10 Bandar Paling Bahagia Tahun 2026 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/04/kerajaan-pahang-bangga-pengiktirafan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pahang Bangga Pengiktirafan Bandar Lipis Dan Raub Diumum Sebagai Antara 10 Bandar Paling Bahagia Tahun 2026"

Catat Ulasan

Loading...