Judul : Kerajaan Pahang Tegaskan Komitmen Berterusan Untuk Perkukuhkan Syiar Islam, Salur Peruntukan Sebanyak RM235.95 Juta
link : Kerajaan Pahang Tegaskan Komitmen Berterusan Untuk Perkukuhkan Syiar Islam, Salur Peruntukan Sebanyak RM235.95 Juta
Kerajaan Pahang Tegaskan Komitmen Berterusan Untuk Perkukuhkan Syiar Islam, Salur Peruntukan Sebanyak RM235.95 Juta
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan sebanyak RM235.95 juta tahun ini disalur sebaiknya menerusi pelbagai program merangkumi aspek kebajikan rakyat, pendidikan dan pembangunan modal insan.
“Angka tidak pernah berbohong. Setiap tahun, peruntukan terus meningkat. Sebagai contoh, pada tahun ini lebih RM200 juta telah disediakan. Di mana duit ini disalurkan? Antaranya, pada program pada hari ini, dan untuk program-program lain.
“Program melibatkan sekolah agama, khatan anak-anak, perkahwinan kali pertama, institusi tahfiz serta masjid. Kita bagi RM10,000. Surau yang melaksanakan solat Jumaat juga dapat terlibat. Banyak lagi inisiatif lain turut dilaksanakan, dan segala usaha ini akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa”, katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang-Program Barakah Haji Pahang (Perantau) Tahun 1447 Hijrah /2026 Masihi di Shah Alam.
Program yang julung kali diadakan itu bagi meraikan 144 bakal jemaah haji anak perantau dari negeri berkenaan. #BeritaRTM
Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Tegaskan Komitmen Berterusan Untuk Perkukuhkan Syiar Islam, Salur Peruntukan Sebanyak RM235.95 Juta
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Tegaskan Komitmen Berterusan Untuk Perkukuhkan Syiar Islam, Salur Peruntukan Sebanyak RM235.95 Juta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/04/kerajaan-pahang-tegaskan-komitmen.html
~2.png)
0 Response to "Kerajaan Pahang Tegaskan Komitmen Berterusan Untuk Perkukuhkan Syiar Islam, Salur Peruntukan Sebanyak RM235.95 Juta"
Catat Ulasan