Loading...

Pahang Giat Perkukuhkan Kedudukan Dalam Industri Halal Menerusi Pembangunan Beberapa Kluster, Hab Strategik Sedang Berkembang

Loading...
Pahang Giat Perkukuhkan Kedudukan Dalam Industri Halal Menerusi Pembangunan Beberapa Kluster, Hab Strategik Sedang Berkembang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Giat Perkukuhkan Kedudukan Dalam Industri Halal Menerusi Pembangunan Beberapa Kluster, Hab Strategik Sedang Berkembang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Giat Perkukuhkan Kedudukan Dalam Industri Halal Menerusi Pembangunan Beberapa Kluster, Hab Strategik Sedang Berkembang
link : Pahang Giat Perkukuhkan Kedudukan Dalam Industri Halal Menerusi Pembangunan Beberapa Kluster, Hab Strategik Sedang Berkembang

Baca juga


Pahang Giat Perkukuhkan Kedudukan Dalam Industri Halal Menerusi Pembangunan Beberapa Kluster, Hab Strategik Sedang Berkembang

 

KUANTAN: Pahang giat memperkukuh kedudukan dalam industri halal menerusi pembangunan beberapa kluster dan hab strategik yang sedang berkembang, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. 

Beliau berkata antaranya ialah Taman Industri Halal Gambang seluas 68.4 hektar,  Taman Industri Halal Gebeng (303.5 hektar) dan Hab Halal Bentong (14.7 hektar) yang berperanan sebagai pusat pengeluaran, pemprosesan serta pengedaran produk halal.

“Kewujudan hab-hab ini menjadi asas penting dalam membina ekosistem halal negeri yang lebih tersusun dan berdaya saing,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Pantai Timur Antarabangsa Pahang bersempena dengan Ekspo Perdagangan dan Keusahawanan Pantai Timur Malaysia 2026 di sini hari ini.

Wan Rosdy juga berkata kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan akan terus diperkukuh bagi memastikan kepentingan pemain industri halal sentiasa terpelihara manakala aspirasi menjadikan Pahang sebagai hab halal serantau dapat direalisasikan.

Beliau berkata sebagai contoh, kerjasama melalui Majlis Pembangunan Industri Halal bagi membangunkan Pelabuhan Kuantan di Gebeng sebagai Pelabuhan Mesra Halal pertama negara yang dijangka mampu menjana nilai ekonomi sebanyak RM15 bilion dan mewujudkan 15,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri akan menyarankan kepada pihak berkaitan supaya kapasiti penumpang bagi projek Laluan Rel Pantai Timur ditambah, dan beliau dijangka mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat dalam masa terdekat berhubung isu berkenaan termasuk penjualan tiket. #Bernama



Demikianlah Artikel Pahang Giat Perkukuhkan Kedudukan Dalam Industri Halal Menerusi Pembangunan Beberapa Kluster, Hab Strategik Sedang Berkembang

Sekianlah artikel Pahang Giat Perkukuhkan Kedudukan Dalam Industri Halal Menerusi Pembangunan Beberapa Kluster, Hab Strategik Sedang Berkembang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Giat Perkukuhkan Kedudukan Dalam Industri Halal Menerusi Pembangunan Beberapa Kluster, Hab Strategik Sedang Berkembang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/04/pahang-giat-perkukuhkan-kedudukan-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pahang Giat Perkukuhkan Kedudukan Dalam Industri Halal Menerusi Pembangunan Beberapa Kluster, Hab Strategik Sedang Berkembang"

Catat Ulasan

Loading...