Judul : Parlimen Temerloh Adalah Kerusi Tradisi Amanah Wakili Pakatan Harapan (PH), Tiada Rancangan Untuk Serahkan Kepada PKR
link : Parlimen Temerloh Adalah Kerusi Tradisi Amanah Wakili Pakatan Harapan (PH), Tiada Rancangan Untuk Serahkan Kepada PKR
Parlimen Temerloh Adalah Kerusi Tradisi Amanah Wakili Pakatan Harapan (PH), Tiada Rancangan Untuk Serahkan Kepada PKR
PETALING JAYA: Amanah tetap mahu meletakkan calon untuk kekal bertanding di Parlimen Temerloh bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan perpaduan pada PRU-16.
Ketua Amanah Pahang, Mohd Fadzli Ramly, berkata kawasan itu merupakan kerusi tradisi Amanah dan parti itu pernah memenanginya pada PRU-14, sebelum tewas kepada Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15.
“Amanah akan pertahan mahu kekal bertanding di Parlimen Temerloh kerana ia adalah kerusi tradisi ditandingi kita,” kata ADUN lantikan DUN Pahang itu.
Beliau mengulas keputusan PKR Temerloh pada 12 April lalu yang sebulat suara meluluskan usul bertanding dan menerajui Parlimen Temerloh menjelang PRU-16.
Fadzli turut memaklumkan sehingga kini PH Pahang tidak pernah membincangkan soal pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU-16, termasuk cadangan menyerahkan kerusi Temerloh kepada calon PKR.
Katanya, Amanah menghormati hak sekutunya, PKR, membuat usul berkenaan. Namun, keputusan akhir akan diputuskan secara konsensus dalam gabungan PH termasuk bersama Barisan Nasional (BN), jika kerjasama memasuki pilihan raya di bawah payung kerajaan perpaduan.
“Kita menghormati (usul) rakan kita, tapi kita juga ada kekuatan di beberapa Parlimen lain contohnya di Indera Mahkota, bagaimanapun memandangkan calon (PKR) masa itu mendapat kedudukan undi kedua kita tak bising (menuntut), kita tak ada masalah nak benarkan mereka (PKR) terus bertanding di Indera Mahkota sebab hormat rakan,” katanya.
Beliau juga mendakwa kerjasama dengan rakan komponen dalam PH dan BN Pahang kekal baik termasuk di Parlimen Temerloh.
“Kita mendapat kerjasama baik dari BN, komponen PH di Pahang, malah di DUN Mentakab bawah Parlimen Temerloh…DAP tidak ada masalah mengekalkan Amanah sebagai parti yang akan bertanding di Temerloh,” katanya.
Pada PRU-15, calon PN, Salamiah Mohd Nor, menang Parlimen Temerloh dengan majoriti 5,520 undi.
Salamiah memperoleh 30,929 undi, meninggalkan lawannya Mohd Hasbie Muda dari Amanah mewakili PH (25,409 undi), Mohd Sharkar Shamsudin mewakili BN mendapat 25,191 undi, manakala calon Pejuang, Aminuddin Yahaya, hanya mendapat 1,108 undi.
Amanah pernah memenangi kerusi Temerloh pada PRU-14 melalui pencalonan Anuar Mohd Tahir dengan majoriti 1,904 undi. #FreeMalaysiaToday
Demikianlah Artikel Parlimen Temerloh Adalah Kerusi Tradisi Amanah Wakili Pakatan Harapan (PH), Tiada Rancangan Untuk Serahkan Kepada PKR
Anda sekarang membaca artikel Parlimen Temerloh Adalah Kerusi Tradisi Amanah Wakili Pakatan Harapan (PH), Tiada Rancangan Untuk Serahkan Kepada PKR dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/04/parlimen-temerloh-adalah-kerusi-tradisi.html

0 Response to "Parlimen Temerloh Adalah Kerusi Tradisi Amanah Wakili Pakatan Harapan (PH), Tiada Rancangan Untuk Serahkan Kepada PKR"
Catat Ulasan