Loading...

Penganjuran Gemacitra Pahang1st Dan Pahang Berbusana 2.0 Bakal Dijadikan Sebahagian Daripada Produk Pelancongan Rasmi Negeri Ini

Loading...
Penganjuran Gemacitra Pahang1st Dan Pahang Berbusana 2.0 Bakal Dijadikan Sebahagian Daripada Produk Pelancongan Rasmi Negeri Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganjuran Gemacitra Pahang1st Dan Pahang Berbusana 2.0 Bakal Dijadikan Sebahagian Daripada Produk Pelancongan Rasmi Negeri Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganjuran Gemacitra Pahang1st Dan Pahang Berbusana 2.0 Bakal Dijadikan Sebahagian Daripada Produk Pelancongan Rasmi Negeri Ini
link : Penganjuran Gemacitra Pahang1st Dan Pahang Berbusana 2.0 Bakal Dijadikan Sebahagian Daripada Produk Pelancongan Rasmi Negeri Ini

Baca juga


Penganjuran Gemacitra Pahang1st Dan Pahang Berbusana 2.0 Bakal Dijadikan Sebahagian Daripada Produk Pelancongan Rasmi Negeri Ini

TEMERLOH: Penganjuran Gemacitra Pahang 1st dan Pahang Berbusana 2.0 bakal dijadikan sebahagian daripada produk pelancongan rasmi negeri Pahang bagi mengangkat semula identiti budaya tempatan dan menjadi tarikan baharu ke negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah memasukkan kedua-dua program berteraskan budaya itu ke dalam kalendar pelancongan negeri merupakan komitmen berterusan kerajaan untuk memelihara serta menghidupkan semula warisan seni Pahang.

Menurutnya, Gemacitra Pahang 1st yang dianjurkan di Parlimen Temerloh menjadi lokasi permulaan sebelum diperluaskan ke kawasan lain di seluruh negeri.

“Ia bukan sahaja mengembalikan nostalgia, malah memberi peluang kepada generasi muda mengenali semula lagu-lagu negeri, seni warisan dan sejarah budaya yang semakin dilupakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program berkenaan di Dataran Temerloh, di sini malam tadi.

Menurut Wan Rosdy, Temerloh dipilih sebagai lokasi pertama kerana daerah itu terkenal sebagai tempat lahir ramai tokoh seni dan seniman berbakat yang banyak menyumbang kepada perkembangan budaya negeri.

Bagi memastikan program berkenaan dapat dilaksanakan dengan berkesan, kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM1 juta di peringkat Parlimen untuk pelbagai aktiviti pembangunan masyarakat.

Menurutnya, peruntukan tersebut merangkumi pelbagai segmen termasuk belia, sukan, warga emas, ibu tunggal, penggiat seni, budayawan dan artis tempatan.

Tambah Wan Rosdy pihaknya turut mempertimbangkan cadangan mewujudkan rumah tokoh seni bagi memperkukuh warisan budaya Pahang. 

Sementara itu, Pahang Berbusana 2.0 yang berlangsung dari 23 hingga 26 April di Dataran Temerloh menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan silat, dikir barat, jualan makanan tradisional, sukan rakyat serta festival masakan ikan patin. #MalaysiaGazette



Demikianlah Artikel Penganjuran Gemacitra Pahang1st Dan Pahang Berbusana 2.0 Bakal Dijadikan Sebahagian Daripada Produk Pelancongan Rasmi Negeri Ini

Sekianlah artikel Penganjuran Gemacitra Pahang1st Dan Pahang Berbusana 2.0 Bakal Dijadikan Sebahagian Daripada Produk Pelancongan Rasmi Negeri Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penganjuran Gemacitra Pahang1st Dan Pahang Berbusana 2.0 Bakal Dijadikan Sebahagian Daripada Produk Pelancongan Rasmi Negeri Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/04/penganjuran-gemacitra-pahang1st-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " Penganjuran Gemacitra Pahang1st Dan Pahang Berbusana 2.0 Bakal Dijadikan Sebahagian Daripada Produk Pelancongan Rasmi Negeri Ini"

Catat Ulasan

Loading...