Judul : Penganjuran Music Water Festival Di Cherating Tidak Seharusnya Diteruskan Kerana Melanggar Sensitiviti Agama, Budaya Setempat
link : Penganjuran Music Water Festival Di Cherating Tidak Seharusnya Diteruskan Kerana Melanggar Sensitiviti Agama, Budaya Setempat
Penganjuran Music Water Festival Di Cherating Tidak Seharusnya Diteruskan Kerana Melanggar Sensitiviti Agama, Budaya Setempat
KUANTAN: Penganjuran Music Water Festival di Cherating, di sini yang akan berlangsung hujung minggu ini disifatkan tidak bermanfaat kepada masyarakat.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Andansura Rabu berkata, acara itu tidak seharusnya diteruskan kerana melanggar sensitiviti agama dan budaya setempat.
“Bagaimana acara seumpama ini yang mencetuskan kontroversi dan perdebatan apabila di anjurkan di ibu kota negara boleh dibawa ke sini pula?
“Adakah kita sudah kering idea utk menganjurkan acara atas nama pelancongan sehingga perlu ‘copy-paste‘ acara seumpama ini dari luar negara?,” soalnya menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Andansura turut mendakwa penganjuran acara itu belum mendapat kelulusan pihak berkuasa.
Justeru, beliau berharap agar acara terbabit tidak diteruskan dan pihak berkuasa terlibat memantau jika berlaku pelanggaran undang-undang.
“Saya minta pihak berkuasa lebih peka dan selektif dalam penganjuran acara-acara.
“Saya akui banyak acara yg baik yg dianjurkan sama ada oleh pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan atau persendirian.
“Namun beberapa acara yg tidak menepati keperluan dan sensitiviti setempat boleh memberi perspektif tidak baik kpd pihak berkuasa,” katanya.
Selain pertimbangan ekonomi dan perniagaan, Andansura berkata, penganjuran acara perlu juga mengambil kira keperluan dan manfaat, sensitiviti agama dan budaya, serta pendidikan pemikiran dan mentaliti masyarakat. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Penganjuran Music Water Festival Di Cherating Tidak Seharusnya Diteruskan Kerana Melanggar Sensitiviti Agama, Budaya Setempat
Anda sekarang membaca artikel Penganjuran Music Water Festival Di Cherating Tidak Seharusnya Diteruskan Kerana Melanggar Sensitiviti Agama, Budaya Setempat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/04/penganjuran-music-water-festival-di.html


0 Response to "Penganjuran Music Water Festival Di Cherating Tidak Seharusnya Diteruskan Kerana Melanggar Sensitiviti Agama, Budaya Setempat"
Catat Ulasan