Loading...

Tengku Zulpuri: DAP Tidak Perlulah Berputus Asa Meraih Sokongan Masyarakat Melayu, Kefahaman Politik Ambil Masa Yang Lama

Loading...
Tengku Zulpuri: DAP Tidak Perlulah Berputus Asa Meraih Sokongan Masyarakat Melayu, Kefahaman Politik Ambil Masa Yang Lama - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tengku Zulpuri: DAP Tidak Perlulah Berputus Asa Meraih Sokongan Masyarakat Melayu, Kefahaman Politik Ambil Masa Yang Lama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tengku Zulpuri: DAP Tidak Perlulah Berputus Asa Meraih Sokongan Masyarakat Melayu, Kefahaman Politik Ambil Masa Yang Lama
link : Tengku Zulpuri: DAP Tidak Perlulah Berputus Asa Meraih Sokongan Masyarakat Melayu, Kefahaman Politik Ambil Masa Yang Lama

Baca juga


Tengku Zulpuri: DAP Tidak Perlulah Berputus Asa Meraih Sokongan Masyarakat Melayu, Kefahaman Politik Ambil Masa Yang Lama



KUALA LUMPUR: Meskipun sukar, DAP tidak boleh berputus asa  dalam usaha meraih sokongan masyarakat Melayu.

Ahli Jawatankuasa DAP Pahang merangkap ADUN Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, kefahaman politik ini mungkin mengambil masa yang lama bagi sesetengah masyarakat.

Menurutnya, parti itu perlu memberi mandat dan kepercayaan kepada pemimpin Melayu untuk menyampaikan penerangan secara berterusan kepada masyarakat kaum tersebut. 

“(Ini dilakukan untuk) Memberi kesedaran untuk menyokong, Ianya amat berbeza dengan mempengaruhi seseorang untuk menjadi ahli dalam sebuah badan politik.

“Lebih-lebih lagi, sentimen agama dan bangsa telah lama tersemai dalam masyarakat Melayu semenjak zaman penjajah lagi,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Baru-baru ini,  Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti supaya terus berpegang teguh kepada komitmen terhadap rakyat dengan kekal “merendah diri, dahagakan kejayaan dan fokus dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat” sempena ulang tahun ke-60 parti itu.

Dalam ucapannya pada majlis peringatan di Bukit Mertajam, beliau mengimbas perjalanan enam dekad DAP dengan menyatakan parti itu telah berkembang menjadi satu kuasa politik yang matang, bertanggungjawab dan berpandangan jauh.

Mengulas lanjut, Tengku Zulpuri Shah berkata, beliau menyokong penuh seruan Kor Ming itu sambil mengingatkan bahawa pemimpin politik seharusnya merendah diri, beristiqamah dan konsisten dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat kerana pangkat dan jawatan yang disandang hanya bersifat sementara.

Beliau turut menekankan bahawa pangkat dan jawatan bukanlah ukuran segala-galanya namun perkara paling penting adalah menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan sebaik mungkin.

"Kita sebagai pemimpin bukannya kekal, pangkat dan jawatan ini hanya sementara waktu semasa kita hidup, sihat, dan diperlukan. Oleh itu, kita sebagai pemimpin mestilah mengamalkan sikap 'merendah diri' serta beristiqamah dan konsisten di dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

“Saya amat bersetuju dengan apa yang disarankan oleh Saudara Kor Ming tersebut. Pangkat dan jawatan bukanlah segala-galanya, yang penting adalah menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini sebaik mungkin,” katanya.

Ditanya berhubung kenyataan Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mengenai konsep Malaysian Dream, Tengku Zulpuri menyifatkan dukungan orang Melayu sebagai syarat wajib untuk kestabilan masa depan negara.

"Apa yang dibicarakan oleh Tan Sri Lim Kit Siang adalah realiti yang mesti ada di negara kita. 

“Tidak mungkin atau sukar untuk parti DAP (bersama gabungan parti lain menjadi kerajaan) memerintah tanpa ada sokongan orang Melayu itu sendiri kerana mereka terdiri lebih daripada 60 peratus penduduk Malaysia." katanya.

Beliau berpandangan, Kit Siang turut cuba menghuraikan berkaitan dengan sejarah negara yang wujud daripada penaklukan berlapis-lapis sehingga kemerdekaan negara pada 1957.

“Di sinilah bermulanya kewujudan masyarakat berbilang kaum dan kita perlu mengakui bahawa sejarah serta kemerdekaan ini adalah milik kita semua, walaupun pada asalnya kaum Melayu adalah kaum pribumi selain Orang Asli dan Orang Asal,” katanya.

Menurutnya, jika perkongsian kuasa serta pengiktirafan hak kaum lain tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu, ia akan menjadi penghalang kepada konsep "Malaysian Dream".

“Kepercayaan terhadap jati diri perlu diterapkan sejak peringkat sekolah lagi bagi semua lapisan masyarakat,” katanya.

Semalam dilaporkan bahawa Kit Siang menegaskan bahawa kejayaan konsep “Malaysian Dream” bergantung kepada sokongan semua kaum, termasuk orang Melayu sebagai kumpulan majoriti di negara ini.

Beliau menjelaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum memerlukan dukungan menyeluruh bagi memastikan aspirasi tersebut dapat direalisasikan. #TheMerdekaTimes.



Demikianlah Artikel Tengku Zulpuri: DAP Tidak Perlulah Berputus Asa Meraih Sokongan Masyarakat Melayu, Kefahaman Politik Ambil Masa Yang Lama

Sekianlah artikel Tengku Zulpuri: DAP Tidak Perlulah Berputus Asa Meraih Sokongan Masyarakat Melayu, Kefahaman Politik Ambil Masa Yang Lama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tengku Zulpuri: DAP Tidak Perlulah Berputus Asa Meraih Sokongan Masyarakat Melayu, Kefahaman Politik Ambil Masa Yang Lama dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/04/tengku-zulpuri-dap-tidak-perlulah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tengku Zulpuri: DAP Tidak Perlulah Berputus Asa Meraih Sokongan Masyarakat Melayu, Kefahaman Politik Ambil Masa Yang Lama"

Catat Ulasan

Loading...