Judul : Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Bangunkan RimauStrike, Spike Trainer, Tingkat Keberkesanan Latihan Sukan Takraw
link : Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Bangunkan RimauStrike, Spike Trainer, Tingkat Keberkesanan Latihan Sukan Takraw
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Bangunkan RimauStrike, Spike Trainer, Tingkat Keberkesanan Latihan Sukan Takraw
KUANTAN: Penyelidik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya membangunkan mesin pelancar bola takraw dinamakan 'RimauStrike' dan 'Spike Trainer' bagi meningkatkan keberkesanan dan konsistensi sesi latihan atlet sukan itu.
Pembangunan dan pengujian mesin teknologi sukan itu turut melibatkan kerjasama strategik bersama Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Majlis Sukan Pahang (MSP).
Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias berkata, penyelidikan dijalankan penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) serta Akademi TVET Termaju melalui Pusat Inovasi Teknologi Sukan (STIC) UMPSA.
Menurutnya, STIC UMPSA merupakan Pusat Kecemerlangan Industri Sukan Negara berperanan berkongsi kepakaran khususnys dalam pembangunan dan penyelidikan teknologi sukan.
"Penyelidikan RimauStrike bermula sejak tahun 2023 bagi menyokong eksperimen biomekanik yang memerlukan kawalan halaju bola secara tepat dan konsisten.
"Ia bagi memastikan keputusan kajian dapat dijalankan secara lebih sistematik, tepat dan boleh diulang," katanya.
Tambah Dr Yatimah, mesin itu mampu melancarkan bola takraw pada kelajuan boleh dilaraskan selain menghasilkan hantaran bola yang lebih stabil berbanding kaedah manual.
Katanya, pembangunan mesin itu pada awalnya untuk menghasilkan prototaip pelancar bola takraw bagi kegunaan eksperimen penyelidikan berkaitan impak tandukan bola terhadap kepala pemain.
"Dalam kajian biomekanik impak, kelajuan bola perlu dikawal dengan baik bagi memastikan keputusan eksperimen yang lebih tepat dan boleh dipercayai.
"Justeru, UMPSA membangunkan mesin pelancar yang mampu menghasilkan halaju bola yang konsisten dan boleh dilaraskan mengikut keperluan eksperimen makmal," ujar beliau.
Jelas beliau lagi, daripada prototaip awal tersebut membuka ruang kepada potensi penggunaan teknologi itu dalam latihan atlet sepak takraw.
Beliau berkata, kaedah latihan konvensional boleh menjadi tidak konsisten disebabkan faktor keletihan jurulatih, kekuatan pukulan yang berubah-ubah serta teknik pukulan tidak sekata.
"RimauStrike dibangunkan bagi menyediakan satu sistem latihan yang lebih konsisten, berulang dan boleh dikawal," katanya.
Sementara itu Dr Yatimah berkata, PSM turut memberikan sokongan dalam bentuk pembiayaan dana bagi pembangunan versi terkini prototaip RimauStrike.
Katanya, sokongan itu membantu mempertingkatkan reka bentuk dan prestasi mesin agar lebih sesuai digunakan dalam latihan atlet.
"Majlis Sukan Pahang turut memberi sokongan dari segi penggunaan teknologi ini dalam konteks latihan atlet negeri serta memberikan maklum balas berkaitan keperluan latihan sebenar dalam sukan tersebut.
Inovasi yang dipaparkan ini antara usaha penyelidik tempatan dalam membangunkan teknologi bagi meningkatkan penyelidikan dan latihan dalam sukan takraw.
RimauStrike dan Spike Trainer diperkenalkan bersempena Majlis Pelancaran Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia, Kuala Lumpur. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Bangunkan RimauStrike, Spike Trainer, Tingkat Keberkesanan Latihan Sukan Takraw
Anda sekarang membaca artikel Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Bangunkan RimauStrike, Spike Trainer, Tingkat Keberkesanan Latihan Sukan Takraw dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/04/universiti-malaysia-pahang-al-sultan.html

0 Response to "Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Bangunkan RimauStrike, Spike Trainer, Tingkat Keberkesanan Latihan Sukan Takraw"
Catat Ulasan