Judul : Delegasi Singapura Yang Diketuai Menteri Kanan, Lee Hsien Loong Kunjungi Negeri Pahang, Perkukuhkan Lagi Kerjasama Strategik
link : Delegasi Singapura Yang Diketuai Menteri Kanan, Lee Hsien Loong Kunjungi Negeri Pahang, Perkukuhkan Lagi Kerjasama Strategik
Delegasi Singapura Yang Diketuai Menteri Kanan, Lee Hsien Loong Kunjungi Negeri Pahang, Perkukuhkan Lagi Kerjasama Strategik
KUANTAN: Hubungan diplomatik dua hala antara Negeri Pahang dan Singapura melakar satu lagi detik penting apabila delegasi republik itu yang diketuai Menteri Kanan, Lee Hsien Loong mengadakan kunjungan hormat di sini hari ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pertemuan tersebut bukan sekadar kunjungan rasmi sebaliknya membuka lembaran baharu dalam memperkukuh hubungan strategik antara Pahang dan Singapura.
Barisan degasi daripada Singapura mengadakan kunjungan bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang di Hotel Zenith, hari iniTurut mengiringi beliau ialah Menteri Hal Ehwal Luar dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Zhulkarnain Abdul Rahim; Ahli Parlimen Singapura, Joan Pereira; serta Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon bersama pegawai kanan kerajaan republik itu.
Kehadiran delegasi berprofil tinggi itu disambut kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Pahang termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Nazri Abu Bakar; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Fadzilla Salleh; Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi.
Manakala barisan Exco Kerajaan negeri dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib.
Menurutnya perbincangan turut menyentuh peluang memperluas jaringan ekonomi rentas sempadan yang mampu merangsang pertumbuhan industri tempatan selain menarik lebih banyak pelaburan asing berkualiti tinggi ke Pahang.
“Dalam masa sama, kerjasama dalam sektor pelancongan dijangka dipertingkatkan bagi menarik lebih ramai pelancong dari Singapura sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat.
“Pertemuan berimpak tinggi ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk terus memperkukuh hubungan sedia ada yang telah lama terjalin, selain meneroka potensi baharu demi manfaat bersama,” katanya hari ini.
Terdahulu Lee Hsien Loong memulakan lawatan rasmi ke Negeri Pahang dengan mengunjungi Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) di Temerloh.
Beliau yang tiba bersama isteri, Ho Ching mengetuai delegasi seramai 41 orang dari Singapura dalam lawatan tersebut.
Semalam delegasi berkenaan dibawa berkunjung ke Kuantan Art Street dan Menara Kuantan 188 di samping memperkenalkan Kuantan sebagai destinasi pelancongan yang unik dan berpotensi.
Delegasi berkesempatan menelusuri lorong seni sepanjang kira-kira 500 meter yang menonjolkan kisah serta identiti komuniti setempat melalui pelbagai karya kreatif.
Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri optimis kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang, sekali gus memacu pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.
Lee Hsien Loong mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia melibatkan Negeri Pahang selama lima hari bermula 4 Mei.
Lawatan tersebut diadakan atas jemputan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Delegasi Singapura Yang Diketuai Menteri Kanan, Lee Hsien Loong Kunjungi Negeri Pahang, Perkukuhkan Lagi Kerjasama Strategik
Anda sekarang membaca artikel Delegasi Singapura Yang Diketuai Menteri Kanan, Lee Hsien Loong Kunjungi Negeri Pahang, Perkukuhkan Lagi Kerjasama Strategik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/delegasi-singapura-yang-diketuai.html

0 Response to "Delegasi Singapura Yang Diketuai Menteri Kanan, Lee Hsien Loong Kunjungi Negeri Pahang, Perkukuhkan Lagi Kerjasama Strategik"
Catat Ulasan