Loading...

Isu Tiga Gajah Malaysia Di Jepun, Menteri Besar Pahang Akan Mengadakan Pertemuan Dengan Pihak Zoo Taiping & Night Safari

Loading...
Isu Tiga Gajah Malaysia Di Jepun, Menteri Besar Pahang Akan Mengadakan Pertemuan Dengan Pihak Zoo Taiping & Night Safari - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Tiga Gajah Malaysia Di Jepun, Menteri Besar Pahang Akan Mengadakan Pertemuan Dengan Pihak Zoo Taiping & Night Safari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Tiga Gajah Malaysia Di Jepun, Menteri Besar Pahang Akan Mengadakan Pertemuan Dengan Pihak Zoo Taiping & Night Safari
link : Isu Tiga Gajah Malaysia Di Jepun, Menteri Besar Pahang Akan Mengadakan Pertemuan Dengan Pihak Zoo Taiping & Night Safari

Baca juga


Isu Tiga Gajah Malaysia Di Jepun, Menteri Besar Pahang Akan Mengadakan Pertemuan Dengan Pihak Zoo Taiping & Night Safari

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengadakan pertemuan dengan pihak Zoo Taiping & Night Safari dalam masa terdekat bagi membincangkan isu berkaitan tiga ekor gajah dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang kini berada di Zoo Tennoji, Jepun.

Beliau berkata pertemuan tersebut bertujuan mendapatkan penjelasan lanjut serta meneliti langkah terbaik untuk membawa pulang mamalia itu susulan kebimbangan dibangkitkan pelbagai pihak terhadap kebajikan dan kelangsungan hidup DAK di negara empat musim itu.

“Saya bersama pihak Zoo Taiping akan mengadakan satu perbincangan dan pertemuan dalam masa terdekat, malah lebih awal daripada pertemuan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Perak.

“Kita khuatir sesuatu akan berlaku pada gajah tersebut...kita sedang usahakan (untuk bawa balik ke Malaysia) dan kita harap rakyat bersama-sama menyokong usaha ini kerana suara rakyat mampu mempengaruhi sesuatu keputusan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri rakaman program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di Wisma Bernama hari ini.

Sebelum ini, Wan Rosdy menggesa agar ketiga-tiga gajah itu segera dibawa pulang ke tanah air dan ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temerloh, yang lebih sesuai dengan habitat dan keperluan semula jadi haiwan tersebut.

Gesaan itu susulan kenyataan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup yang menegaskan supaya Dara, Amoi dan Kelat wajar dibawa pulang ke Malaysia dari Jepun sekiranya pelaksanaan perjanjian sedia ada didapati tidak lagi selari dengan prinsip konservasi, kebajikan hidupan liar dan sensitiviti semasa.

Pada Jumaat lepas, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata satu pertemuan dengan pihak berkepentingan akan diadakan minggu ini bagi membincangkan secara menyeluruh isu pemindahan tiga ekor gajah itu. #Malaysiakini



Demikianlah Artikel Isu Tiga Gajah Malaysia Di Jepun, Menteri Besar Pahang Akan Mengadakan Pertemuan Dengan Pihak Zoo Taiping & Night Safari

Sekianlah artikel Isu Tiga Gajah Malaysia Di Jepun, Menteri Besar Pahang Akan Mengadakan Pertemuan Dengan Pihak Zoo Taiping & Night Safari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Tiga Gajah Malaysia Di Jepun, Menteri Besar Pahang Akan Mengadakan Pertemuan Dengan Pihak Zoo Taiping & Night Safari dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/isu-tiga-gajah-malaysia-di-jepun.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu Tiga Gajah Malaysia Di Jepun, Menteri Besar Pahang Akan Mengadakan Pertemuan Dengan Pihak Zoo Taiping & Night Safari"

Catat Ulasan

Loading...