Loading...

Kadar Liputan Bekalan Air Luar Bandar Di Pahang Kini Cecah 98 Peratus, Antara Negeri Penyediaan Keperluan Asas Rakyat Yang Terbaik Di Malaysia

Loading...
Kadar Liputan Bekalan Air Luar Bandar Di Pahang Kini Cecah 98 Peratus, Antara Negeri Penyediaan Keperluan Asas Rakyat Yang Terbaik Di Malaysia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kadar Liputan Bekalan Air Luar Bandar Di Pahang Kini Cecah 98 Peratus, Antara Negeri Penyediaan Keperluan Asas Rakyat Yang Terbaik Di Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kadar Liputan Bekalan Air Luar Bandar Di Pahang Kini Cecah 98 Peratus, Antara Negeri Penyediaan Keperluan Asas Rakyat Yang Terbaik Di Malaysia
link : Kadar Liputan Bekalan Air Luar Bandar Di Pahang Kini Cecah 98 Peratus, Antara Negeri Penyediaan Keperluan Asas Rakyat Yang Terbaik Di Malaysia

Baca juga


Kadar Liputan Bekalan Air Luar Bandar Di Pahang Kini Cecah 98 Peratus, Antara Negeri Penyediaan Keperluan Asas Rakyat Yang Terbaik Di Malaysia

KUANTAN: Kadar liputan bekalan air di kawasan luar bandar di Pahang kini mencecah 98 peratus, sekali gus meletakkan negeri ini antara yang terbaik di Malaysia dalam penyediaan keperluan asas rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu berdasarkan laporan terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membanggakan kerana Pahang merupakan negeri yang luas dengan bentuk muka bumi yang mencabar.

Menurutnya, sehingga kini tiada negeri di Malaysia yang mencapai liputan 100 peratus sepenuhnya dan Pahang berada di belakang Selangor (99.5 peratus) serta Perak sebanyak 99 peratus.

"Antara negeri lain yang mencatat kadar liputan bekalan air luar bandar ialah Kedah pula mencatatkan 96.5 peratus, Terengganu 92.9 peratus manakala Kelantan 81.9 peratus.

"Bagi sebuah negeri sebesar Pahang, pencapaian 98 peratus ini membuktikan kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat menikmati akses bekalan air yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sesi Penggulungan Perbahasan Titah Diraja Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Jumaat.

Wan Rosdy memberitahu, kerajaan negeri turut menetapkan sasaran untuk menyelesaikan 90 peratus kawasan titik panas atau blackspot bekalan air menjelang penghujung tahun 2026.

Jelasnya, sehingga kini sebanyak 86 peratus kawasan blackspot telah berjaya ditangani dengan empat daerah iaitu Kuantan, Temerloh, Bentong dan Raub telah melepasi tahap 90 peratus.

“Antara kawasan yang kini menikmati bekalan lebih stabil termasuk Ulu Atok di Raub; Sri Jaya di Maran; Sungai Soi dan Tanjung Lumpur di Kuantan; Keratong, Chanis dan Selancar di Rompin; Nenasi di Pekan serta Lanchang di Temerloh hasil pelbagai projek penambahbaikan oleh Kerajaan Negeri bersama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP),” katanya.

Wan Rosdy menambah, perkembangan itu turut mengubah landskap perbahasan dalam persidangan DUN apabila isu bekalan air kini lebih tertumpu kepada aspek penambahbaikan sistem berbanding gangguan bekalan seperti sebelum ini.

Jelasnya, kebanyakan isu yang dibangkitkan ketika ini lebih tertumpu kepada aspek penambahbaikan sistem seperti Air Tidak Berhasil, paip pecah, tekanan air di kawasan tertentu serta peluasan bekalan air ke kawasan luar bandar dan penempatan Orang Asli.

Katanya, ini membuktikan bahawa usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) mula menunjukkan hasil yang positif.

"Bekalan air semakin stabil, tekanan semakin baik dan liputan perkhidmatan terus diperluaskan dari semasa ke semasa.

"Semua ini adalah hasil daripada perancangan, pelaburan dan komitmen berterusan Kerajaan negeri Pahang dalam memperkukuh sistem bekalan air di seluruh negeri," katanya.

Menjawab isu yang dibangkitkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabai, Ketari, Tahan dan Chenor berkaitan bekalan air luar bandar serta kawasan Orang Asli, Wan Rosdy menegaskan perkara terbabit sememangnya berada dalam perhatian Kerajaan negeri.

Ujarnya, kerajaan negeri memahami bahawa penyediaan bekalan air ke kawasan pedalaman memerlukan kos yang tinggi kerana melibatkan jajaran paip yang panjang dan lokasi kampung yang jauh daripada sistem sedia ada.

"Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan kemudahan bekalan air di kawasan Orang Asli berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), manakala PAIP bertindak sebagai operator selepas projek disiapkan dan diserahkan.

"Inilah yang kadangkala kurang difahami apabila semua isu berkaitan bekalan air terus diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab PAIP sedangkan terdapat pembahagian bidang kuasa yang jelas," katanya.

Walau bagaimanapun, Wan Rosdy menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah mengambil sikap lepas tangan dan sentiasa memberi kerjasama kepada KKDW dan Jakoa serta memantau supaya projek-projek berkaitan dapat dipercepatkan.

Menurutnya, sebagai contoh, bagi isu di Kampung Orang Asli Ulu Pareh, Bentong, Kerajaan Negeri telah meminta PAIP dan Pahang Orang Asli Corporation (ORACO) membantu melaksanakan kerja-kerja berkaitan tanpa perlu menunggu sepenuhnya peruntukan daripada KKDW atau JAKOA.

"Inilah pendekatan kerajaan negeri hari ini. Apabila melibatkan kepentingan rakyat, keutamaan kita ialah mencari penyelesaian terlebih dahulu.

"Insya-ALLAH, kerajaan negeri akan terus komited untuk mencapai sasaran menyelesaikan 90 peratus kawasan blackspot bekalan air menjelang penghujung tahun 2026," katanya.#SinarHarian



Demikianlah Artikel Kadar Liputan Bekalan Air Luar Bandar Di Pahang Kini Cecah 98 Peratus, Antara Negeri Penyediaan Keperluan Asas Rakyat Yang Terbaik Di Malaysia

Sekianlah artikel Kadar Liputan Bekalan Air Luar Bandar Di Pahang Kini Cecah 98 Peratus, Antara Negeri Penyediaan Keperluan Asas Rakyat Yang Terbaik Di Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kadar Liputan Bekalan Air Luar Bandar Di Pahang Kini Cecah 98 Peratus, Antara Negeri Penyediaan Keperluan Asas Rakyat Yang Terbaik Di Malaysia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/kadar-liputan-bekalan-air-luar-bandar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kadar Liputan Bekalan Air Luar Bandar Di Pahang Kini Cecah 98 Peratus, Antara Negeri Penyediaan Keperluan Asas Rakyat Yang Terbaik Di Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...