Judul : Ketua Amanah Maran Kecewa Pemimpin PKR Buat Keputusan Sendiri Tanpa Ada Rundingan Dengan Rakan Pakatan Harapan (PH)
link : Ketua Amanah Maran Kecewa Pemimpin PKR Buat Keputusan Sendiri Tanpa Ada Rundingan Dengan Rakan Pakatan Harapan (PH)
Ketua Amanah Maran Kecewa Pemimpin PKR Buat Keputusan Sendiri Tanpa Ada Rundingan Dengan Rakan Pakatan Harapan (PH)
MARAN: Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Maran kecewa dengan kenyataan Ketua Cabang PKR Maran, Michael Sia yang mendakwa parti itu menyasarkan untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luit dan Kuala Sentul, tanpa berunding dengan mereka.
Ketuanya, Ahmad Shuhor Awang berkata kenyataan tersebut sepatutnya dibuat bersama, kerana Amanah, PKR dan DAP adalah gabungan Pakatan Harapan (PH) di Maran.
"PKR sepatutnya berbincang bersama dan tidak membuat keputusan sendiri dengan membelakangkan rakan PH yang lain.
"Saya lebih tahu landskap politik Maran kerana saya pernah bertanding kerusi parlimen ini pada PRU15 lalu.
"Tindakan PKR mengumumkan perkara itu tanpa merujuk rakan PH lain, seolah-olah memberi gambaran parti itu akan letakkan calon mereka pada PRU16 nanti," kata Ahmad Shuhor yang juga merupakan Pengerusi PH Maran.
Ahmad Shuhor juga menegaskan, merujuk kepada statistik dan data semasa Maran bukan mudah untuk ditembusi oleh PH sebenarnya.
"PH tidak boleh hanya bergantung kepada pengundi bukan Melayu di Sri Jaya dan Sungai Jerik untuk menang di DUN Luit dan DUN Kuala Sentul.
"Pengundi majoriti di Parlimen Maran ialah Melayu terutamanya di kawasan Felda dan kampung tradisi.
"Usah terlalu mendabik dada mahu rampas kerusi DUN di Parlimen Maran, kerana rekod menunjukkan orang Melayu di sini tidak menerima kehadiran PH sejak dulu lagi.
"Cuba lihat di kawasan Felda, beramai ramai penyokong PH? Berapa banyak ranting dan cawangan berjaya ditubuhkan sejak sekian lama?," dakwa Ahmad Shuhor.
Maka tambahnya, berpijaklah di bumi yang nyata. Mahu bina kekuatan PRU16, kenalah bincang bersama-sama. Bukannya buat keputusan sendiri.
Justeru, beliau berharap agar parti dalam gabungan PH dapat duduk semeja dan berbincang sebelum mengeluarkan apa jua pandangan yang boleh menimbulkan kontroversi akhirnya. #PahangDaily
Demikianlah Artikel Ketua Amanah Maran Kecewa Pemimpin PKR Buat Keputusan Sendiri Tanpa Ada Rundingan Dengan Rakan Pakatan Harapan (PH)
Anda sekarang membaca artikel Ketua Amanah Maran Kecewa Pemimpin PKR Buat Keputusan Sendiri Tanpa Ada Rundingan Dengan Rakan Pakatan Harapan (PH) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/ketua-amanah-maran-kecewa-pemimpin-pkr.html

0 Response to "Ketua Amanah Maran Kecewa Pemimpin PKR Buat Keputusan Sendiri Tanpa Ada Rundingan Dengan Rakan Pakatan Harapan (PH)"
Catat Ulasan