Loading...

Ketua Pemuda UMNO Pahang Pertahan Kerajaan Negeri, Kritik Tuduhan Keras Tidak Berasas Pihak Pembangkang Pesongkan Kenyataan Sebenar

Loading...
Ketua Pemuda UMNO Pahang Pertahan Kerajaan Negeri, Kritik Tuduhan Keras Tidak Berasas Pihak Pembangkang Pesongkan Kenyataan Sebenar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Pemuda UMNO Pahang Pertahan Kerajaan Negeri, Kritik Tuduhan Keras Tidak Berasas Pihak Pembangkang Pesongkan Kenyataan Sebenar , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Pemuda UMNO Pahang Pertahan Kerajaan Negeri, Kritik Tuduhan Keras Tidak Berasas Pihak Pembangkang Pesongkan Kenyataan Sebenar
link : Ketua Pemuda UMNO Pahang Pertahan Kerajaan Negeri, Kritik Tuduhan Keras Tidak Berasas Pihak Pembangkang Pesongkan Kenyataan Sebenar

Baca juga


Ketua Pemuda UMNO Pahang Pertahan Kerajaan Negeri, Kritik Tuduhan Keras Tidak Berasas Pihak Pembangkang Pesongkan Kenyataan Sebenar


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Pahang, Kamil Ibrahim hari ini mempertahankan prestasi Kerajaan Negeri Pahang sambil mengkritikan keras terhadap pihak-pihak yang didakwanya cuba memesongkan gambaran sebenar pencapaian pentadbiran negeri.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, Kamil menegaskan bahawa serangan bertali arus terhadap kerajaan negeri merupakan tanda bahawa Pahang sedang berada pada landasan yang betUl.

“Bila negeri Pahang berada pada tahap prestasi yang baik dan kedudukan yang stabil, memang tidak pelik akan ada pihak yang cuba menabur cerita yang tidak elok tentang kerajaan negeri.

“Ini lumrah, bila keadaan tenang dan makin menjadi, ada sahaja yang rasa tak senang duduk,” katanya.

Kamil turut mempersoalkan kredibiliti sebuah kajian yang didakwa sedang dijalankan mengenai kerajaan negeri, dengan mendakwa penyelidikan berkenaan bersifat berat sebelah dan tidak meletakkan integriti sebagai asas kerja akademik.

“Nak buat penyelidikan ini kenalah letak integriti, bukannya tunjuk kecenderungan politik pada sebelah pihak sahaja. Kalau penyelidik pun Pas nak tunggang, jangan pelik lepas ini ada lagi orang yang mereka cuba nak tunggang,” tegasnya.

Beliau juga mengkritik pendekatan pembangkang yang dilihatnya lebih memilih ulangan tohmahan lama berbanding hujah berfakta, dan mendakwa agenda sebenar pihak tersebut adalah mengejar kuasa, bukan membela kepentingan rakyat.

“Cara mereka bukan dengan hujah yang matang atau fakta yang jelas. Mereka ulang benda lama, pusing sana sini, tambah cerita ikut sedap mulut, kemudian dijadikan itu seperti kebenaran sebenar,” katanya lagi.

Kamil turut menyentuh gesaan Menteri Besar Pahang, yang dikenali sebagai Tok Wan, supaya setiap pemimpin sentiasa bersedia berhadapan dengan rakyat sebagai penilai utama prestasi kerajaan, terutamanya menjelang pilihan raya.

“Rakyat ada mata, mereka menilai. Kalau selepas empat atau lima tahun kita tidak membawa apa-apa perubahan kepada negeri, sudah tentu mereka akan membuat keputusan sendiri,” ujar Kamil.

Kamil pada masa sama menegaskan komitmen Kerajaan Pahang untuk mengamalkan politik berasaskan fakta dan hasil kerja nyata, berbeza dengan apa yang digambarkannya sebagai “prestasi palsu” di negeri-negeri yang diperintah pihak lain.

“Di Pahang, kita berpijak di bumi nyata. Apa yang kita capai, kita cakap dengan jujur. Apa yang kurang, kita tambah baik lagi. Kita bukan kejar angka populariti, tapi kita jaga supaya negeri terus aman, stabil dan makmur,” katanya. #AstroAwani



Demikianlah Artikel Ketua Pemuda UMNO Pahang Pertahan Kerajaan Negeri, Kritik Tuduhan Keras Tidak Berasas Pihak Pembangkang Pesongkan Kenyataan Sebenar

Sekianlah artikel Ketua Pemuda UMNO Pahang Pertahan Kerajaan Negeri, Kritik Tuduhan Keras Tidak Berasas Pihak Pembangkang Pesongkan Kenyataan Sebenar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Pemuda UMNO Pahang Pertahan Kerajaan Negeri, Kritik Tuduhan Keras Tidak Berasas Pihak Pembangkang Pesongkan Kenyataan Sebenar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/ketua-pemuda-umno-pahang-pertahan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ketua Pemuda UMNO Pahang Pertahan Kerajaan Negeri, Kritik Tuduhan Keras Tidak Berasas Pihak Pembangkang Pesongkan Kenyataan Sebenar "

Catat Ulasan

Loading...