Loading...

Langkah Menurunkan Kadar Sewa Premis Perniagaan Milik Agensi Kerajaan Disambut Baik Oleh Peniaga Kecil Di Bandaraya Kuantan

Loading...
Langkah Menurunkan Kadar Sewa Premis Perniagaan Milik Agensi Kerajaan Disambut Baik Oleh Peniaga Kecil Di Bandaraya Kuantan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Langkah Menurunkan Kadar Sewa Premis Perniagaan Milik Agensi Kerajaan Disambut Baik Oleh Peniaga Kecil Di Bandaraya Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Langkah Menurunkan Kadar Sewa Premis Perniagaan Milik Agensi Kerajaan Disambut Baik Oleh Peniaga Kecil Di Bandaraya Kuantan
link : Langkah Menurunkan Kadar Sewa Premis Perniagaan Milik Agensi Kerajaan Disambut Baik Oleh Peniaga Kecil Di Bandaraya Kuantan

Baca juga


Langkah Menurunkan Kadar Sewa Premis Perniagaan Milik Agensi Kerajaan Disambut Baik Oleh Peniaga Kecil Di Bandaraya Kuantan

KUANTAN: Langkah menurunkan kadar sewa premis perniagaan milik agensi kerajaan disambut baik oleh peniaga kecil di Kuantan yang menyifatkan inisiatif itu mampu meringankan beban kos operasi yang semakin meningkat.

Rata-rata peniaga turut melihat usaha berkenaan berpotensi menarik lebih ramai peniaga baharu untuk menyewa premis perniagaan milik kerajaan.

Peniaga barang telekomunikasi, Siti Noratikah Mohamad berkata, pengurangan sewa dapat membantu peniaga menyalurkan lebihan kos untuk tujuan lain seperti pemasaran dan pembayaran bil utiliti.

“Kita boleh guna kos itu untuk pemasaran atau tambah modal lain. Kalau sewa dikurangkan, kita boleh manfaatkan untuk kos lain seperti elektrik yang agak tinggi,” katanya.

Bagi tukang jahit, Farah Naemah Mohamad pula, pengurangan kadar sewa memberi kelegaan dalam mengurus kos bahan mentah perniagaan.

“Saya sebagai penyewa premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) rasa bersyukur dapat kurangkan kos sewaan, jadi boleh beli barang untuk jahitan,” katanya.

Sementara itu, peniaga aksesori, Noraniza Mohamad berharap penurunan sewa dapat diteruskan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kalau betul-betul dapat, memang sangat bagus untuk perniagaan. Sekarang ini banyak kos naik,” menurutnya.

Peniaga baju kanak-kanak dan aroma terapi, Khairunnisa Abu Bakar pula berkata, pengurangan sewa berpotensi membantu menurunkan harga jualan serta menarik lebih ramai pelanggan.

“Setakat ini harga masih mampu milik, cuma kalau dapat murah lagi kita boleh turunkan harga jualan. Mungkin boleh tarik lebih ramai pelanggan sebab di sini masih kurang penyewa,” katanya.

Bagi pengusaha kedai percetakan, Andy Helmi Tajuddin, penurunan sewa akan membantu peniaga menawarkan harga lebih kompetitif kepada pelanggan.

“Kalau dapat turunkan, ia banyak membantu dari segi kos. Kita pun boleh kurangkan harga jualan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kadar sewa premis perniagaan milik semua agensi Kerajaan Persekutuan seperti MARA dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) diturunkan bermula bulan ini bagi meringankan beban peniaga kecil.

Selain itu, kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) turut digesa mengambil langkah sama bermula bulan ini.

Pelaksanaan itu bertujuan membantu peniaga yang terkesan akibat peningkatan kos, manakala kadar baharu sewaan akan diumumkan dalam masa terdekat. #BeritaRTM



Demikianlah Artikel Langkah Menurunkan Kadar Sewa Premis Perniagaan Milik Agensi Kerajaan Disambut Baik Oleh Peniaga Kecil Di Bandaraya Kuantan

Sekianlah artikel Langkah Menurunkan Kadar Sewa Premis Perniagaan Milik Agensi Kerajaan Disambut Baik Oleh Peniaga Kecil Di Bandaraya Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Langkah Menurunkan Kadar Sewa Premis Perniagaan Milik Agensi Kerajaan Disambut Baik Oleh Peniaga Kecil Di Bandaraya Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/langkah-menurunkan-kadar-sewa-premis.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Langkah Menurunkan Kadar Sewa Premis Perniagaan Milik Agensi Kerajaan Disambut Baik Oleh Peniaga Kecil Di Bandaraya Kuantan"

Catat Ulasan

Loading...