Judul : Pemuda PAS Pahang Junjung Titah Tengku Mahkota Yang Dukacita Keputusan Kerajaan Pusat Tidak Berpihak Kepada Kepentingan Rakyat, Negeri Ini
link : Pemuda PAS Pahang Junjung Titah Tengku Mahkota Yang Dukacita Keputusan Kerajaan Pusat Tidak Berpihak Kepada Kepentingan Rakyat, Negeri Ini
Pemuda PAS Pahang Junjung Titah Tengku Mahkota Yang Dukacita Keputusan Kerajaan Pusat Tidak Berpihak Kepada Kepentingan Rakyat, Negeri Ini
KUANTAN: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang menjunjung kasih serta menyatakan sokongan penuh tanpa berbelah bagi terhadap titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan rasa terkilan dan dukacita terhadap keputusan Kerajaan Persekutuan yang dilihat tidak berpihak kepada kepentingan negeri Pahang dan rakyatnya.
Ketuanya, Zulfadli Zakariah berkata, titah baginda jelas memperlihatkan keprihatinan institusi diraja terhadap masa depan negeri, kebajikan rakyat serta hak Pahang yang sewajarnya diberikan perhatian adil oleh Kerajaan Persekutuan yang didokong oleh UMNO PH.
“Pemuda PAS Pahang berpandangan bahawa suara yang dizahirkan oleh Tengku Mahkota Pahang bukanlah bersifat politik kepartian, sebaliknya lahir daripada rasa tanggungjawab dan amanah baginda sebagai payung negeri yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat Pahang tanpa mengira latar belakang politik.
“Dalam keadaan rakyat sedang berhadapan dengan tekanan ekonomi, isu pembangunan tidak seimbang serta keperluan infrastruktur yang semakin mendesak, sebarang keputusan pusat yang boleh menjejaskan hak dan kepentingan negeri Pahang sewajarnya dinilai semula secara adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya turut menegaskan bahawa Pahang merupakan negeri yang mempunyai sumbangan besar kepada ekonomi negara melalui hasil bumi, sumber asli, pelaburan dan sektor strategik negara.
“Maka, adalah tidak wajar jika kepentingan negeri ini diketepikan atau tidak diberikan perhatian sewajarnya dalam pertimbangan dasar Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mewakili Pemuda PAS Pahang menyeru seluruh pimpinan kerajaan Pahang supaya mengambil serius titah yang dizahirkan oleh Tengku Mahkota Pahang serta mengutamakan semangat federalisme yang adil demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negeri.
“Pemuda PAS Pahang juga menyeru seluruh rakyat agar terus mempertahankan institusi diraja sebagai payung perpaduan dan suara semak imbang demi memastikan hak negeri serta kebajikan rakyat sentiasa terbela,” jelasnya.
Terdahulu, Tengku Hassanal menzahirkan kebimbangan terhadap keadilan undang-undang Persekutuan yang disifatkan tidak memihak kepada hak negeri Pahang.
Baginda bertitah, kerajaan pusat perlu lebih cakna terhadap titah dan kepentingan negeri itu termasuk dalam soal hasil negeri, bidang kuasa serta pelaksanaan pembangunan.
Baginda menitahkan bahawa Pahang bukan sekadar negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, malah antara empat negeri terawal membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang menjadi asas kepada pembentukan Malaysia.
Titah Baginda, hasil Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ketika itu disalurkan kembali mengikut kesesuaian keempat-empat buah negeri berkenaan.
Sehubungan itu, baginda berharap Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan sewajarnya kepada Pahang atas pengorbanan besar negeri itu dalam memelihara kawasan hutan, biodiversiti, flora dan fauna serta kawasan tadahan hujan yang menjadi tunjang kestabilan ekosistem negara.
Dalam pada itu, Tengku Hassanal turut melahirkan rasa kecewa apabila usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan hasil melalui eksport pasir sungai tidak lagi dibenarkan kerajaan pusat.
Titah Baginda juga, Pahang mempunyai sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia yang memerlukan kerja pengeluaran mendapan pasir bagi memastikan kelancaran aliran sungai serta mengelakkan risiko banjir. #Harakahdaily
Demikianlah Artikel Pemuda PAS Pahang Junjung Titah Tengku Mahkota Yang Dukacita Keputusan Kerajaan Pusat Tidak Berpihak Kepada Kepentingan Rakyat, Negeri Ini
Anda sekarang membaca artikel Pemuda PAS Pahang Junjung Titah Tengku Mahkota Yang Dukacita Keputusan Kerajaan Pusat Tidak Berpihak Kepada Kepentingan Rakyat, Negeri Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/pemuda-pas-pahang-junjung-titah-tengku.html

0 Response to "Pemuda PAS Pahang Junjung Titah Tengku Mahkota Yang Dukacita Keputusan Kerajaan Pusat Tidak Berpihak Kepada Kepentingan Rakyat, Negeri Ini"
Catat Ulasan