Loading...

Saman 137 Orang Asli Etnik Bateq Mayah Untuk Perisytiharan Mereka Bukan Beragama Islam, Perlu Didengar Menerusi Perbicaraan Penuh

Loading...
Saman 137 Orang Asli Etnik Bateq Mayah Untuk Perisytiharan Mereka Bukan Beragama Islam, Perlu Didengar Menerusi Perbicaraan Penuh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saman 137 Orang Asli Etnik Bateq Mayah Untuk Perisytiharan Mereka Bukan Beragama Islam, Perlu Didengar Menerusi Perbicaraan Penuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saman 137 Orang Asli Etnik Bateq Mayah Untuk Perisytiharan Mereka Bukan Beragama Islam, Perlu Didengar Menerusi Perbicaraan Penuh
link : Saman 137 Orang Asli Etnik Bateq Mayah Untuk Perisytiharan Mereka Bukan Beragama Islam, Perlu Didengar Menerusi Perbicaraan Penuh

Baca juga


Saman 137 Orang Asli Etnik Bateq Mayah Untuk Perisytiharan Mereka Bukan Beragama Islam, Perlu Didengar Menerusi Perbicaraan Penuh

PUTRAJAYA: Saman 137 Orang Asli etnik Bateq Mayah untuk perisytiharan mereka bukan beragama Islam dan berhak mengamalkan agama nenek moyang masing-masing, perlu diputuskan melalui perbicaraan penuh.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Ia sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan bahawa pengislaman 137 responden itu adalah void ab-initio (terbatal sejak awal lagi) yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan ketika itu, Datuk Seri Mohd Radzi Harun secara terus melalui adidavit.

Datuk Seri Mohd Firuz bin Jaffril yang mengetuai panel, berkata hakim mahkamah tinggi bercanggah dengan menyatakan pemelukan Islam plaintif dalam saman itu adalah void ab-initio sedangkan ia mesti diputuskan pada perbicaraan penuh.

Panel juga memutuskan bahawa isu bidang kuasa, iaitusama ada ia perlu didengar di mahkamah syariah atau sivil,perlu diputuskan dalam perbicaraan di mahkamah tinggi, sebelum isu pemelukan Islam semua atau sebahagian daripada responden diputuskan.

Mohd Firuz berkata, penemuan mahkamah tinggi dibuat walaupun terdapat percanggahan dalam keterangan iaitu berdasarkan dokumentasi yang berada dalam milikan defendan

Beliau berkata, ia juga berdasarkan afidavit plaintif pertama yang telah memberikan naratif mengenai bagaimana penukaran agama itu dilakukan membabitkan ramai penduduk asal lain.

Menurut Mohd Firuz, panel berpendapat bahawa sekiranya wujud pertikaian sedemikian, perkara itu tidak boleh diputuskan secara terus, sebaliknya hanya boleh diputuskan melalui perbicaraan penuh.

"Kami berpandangan bahawa isu bidang kuasa sepatutnya ditangguhkan dan hanya diputuskan pada akhir perbicaraan penuh itu.

Dengan mengatakan demikian, kami mendapati bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah bercanggah.

"Dengan keadaan itu kami dapati keputusan mahkamah tinggi tidak boleh dipertahankan, dengan itu Kami benarkan rayuan untuk mengetepikan perintah mahkamah tinggi.

"Isu mengenai bidang kuasa akan diputuskan dalam perbicaraan penuh di mahkamah tinggi," katanya.

Turut bersidang , Hakim Datuk Dr Alwi Abdul Wahab dan Datuk Nadzarin Wok Nordin. Panel kemudian tidak membuat sebarang perintah berhubung kos kerana kes itu adalah berkepentingan awam.

Pada prosiding hari ini, MUIP diwakii peguam Norazli Nordin, manakala 137 Orang Asli etnik Bateq Mayah diwakili peguam Surendra Ananth.

Perbicaraan kes saman terbabit akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 23 September ini.

Dalam kes saman itu, kesemua plaintif menamakan pegawai Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah Lipis, Bakar Unus; Ketua Pengarah Orang Asli, Jabatan Kemajuan Orang Asli, MUIP, Kerajaan Pahang dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Pada 28 September 2022, plaintif mendakwa pengislaman beramai-ramai yang dilakukan pada April 1993 iaitu kira-kira 30 tahun lalu di Kampung Kampung Benchah Kelubi, Kuala Lipis dibuat tanpa persetujuan mereka.

Plaintif terdiri daripada 87 orang dewasa dan 50 remaja serta kanak-kanak yang berusia di dua hingga 18 tahun, ketika saman difailkan.

Seramai 58 daripada 87 plaintif dewasa meninggal dunia, kebanyakan plaintif adalah anak dan cucu kepada 56 Orang Asli yang lain.

Menurut pernyataan tuntutan, sekitar 1993, dua pemimpin etnik itu didakwa diminta untuk menghadiri kursus di Kuantan dan ketika mengikuti kursus mereka diminta untuk menganut agama Islam dan mengajak penduduk lain untuk berbuat perkara sama. #HarianMetro



Demikianlah Artikel Saman 137 Orang Asli Etnik Bateq Mayah Untuk Perisytiharan Mereka Bukan Beragama Islam, Perlu Didengar Menerusi Perbicaraan Penuh

Sekianlah artikel Saman 137 Orang Asli Etnik Bateq Mayah Untuk Perisytiharan Mereka Bukan Beragama Islam, Perlu Didengar Menerusi Perbicaraan Penuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saman 137 Orang Asli Etnik Bateq Mayah Untuk Perisytiharan Mereka Bukan Beragama Islam, Perlu Didengar Menerusi Perbicaraan Penuh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/saman-137-orang-asli-etnik-bateq-mayah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Saman 137 Orang Asli Etnik Bateq Mayah Untuk Perisytiharan Mereka Bukan Beragama Islam, Perlu Didengar Menerusi Perbicaraan Penuh"

Catat Ulasan

Loading...