Loading...

Seorang Pegawai Polis Berpangkat Inspektor Dari IPD Kuantan Dan Isteri Maut, Empat Anak Cedera Kemalangan Di Paloh Hinai, Pekan

Loading...
Seorang Pegawai Polis Berpangkat Inspektor Dari IPD Kuantan Dan Isteri Maut, Empat Anak Cedera Kemalangan Di Paloh Hinai, Pekan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Pegawai Polis Berpangkat Inspektor Dari IPD Kuantan Dan Isteri Maut, Empat Anak Cedera Kemalangan Di Paloh Hinai, Pekan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Pegawai Polis Berpangkat Inspektor Dari IPD Kuantan Dan Isteri Maut, Empat Anak Cedera Kemalangan Di Paloh Hinai, Pekan
link : Seorang Pegawai Polis Berpangkat Inspektor Dari IPD Kuantan Dan Isteri Maut, Empat Anak Cedera Kemalangan Di Paloh Hinai, Pekan

Baca juga


Seorang Pegawai Polis Berpangkat Inspektor Dari IPD Kuantan Dan Isteri Maut, Empat Anak Cedera Kemalangan Di Paloh Hinai, Pekan

PEKAN: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Paloh Hinai di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika pasangan itu bersama 4 anak mereka sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Negeri Sembilan untuk menyambut Aidiladha.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata insiden kira-kira jam 3 pagi itu turut menyebabkan empat anak mangsa dan pemandu serta penumpang sebuah lagi kereta terbabit mengalami kecederaan.

Katanya, mangsa terkorban dikenal pasti sebagai Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli, 50, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, dan isteri, Nurulfiza Ardiana Amba, 46.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika pasangan itu bersama anak mereka sedang dalam perjalanan dari Kuantan ke Jempol, Negeri Sembilan.

"Sebuah lagi kereta terbabit pula dinaiki sepasang suami isteri yang sedang dalam perjalanan dari Gelang Patah, Johor, ke Terengganu.

"Setiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu pegawai polis terbabit dipercayai terbabas ke kanan jalan lalu bertembung kereta dari arah bertentangan.

"Akibat perlanggaran itu, pasangan suami isteri berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Zaidi berkata, mangsa yang cedera ialah empat anak arwah pasangan itu berusia antara 10 hingga 18 tahun, dan suami isteri berusia 26 tahun yang menaiki sebuah lagi kereta terbabit.

"Semua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan lanjut. Isteri pemandu sebuah lagi kereta terbabit sedang dirawat di Zon Kecemasan hospital itu," katanya.

Mayat pegawai polis dan isterinya pula dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.

Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Seorang Pegawai Polis Berpangkat Inspektor Dari IPD Kuantan Dan Isteri Maut, Empat Anak Cedera Kemalangan Di Paloh Hinai, Pekan

Sekianlah artikel Seorang Pegawai Polis Berpangkat Inspektor Dari IPD Kuantan Dan Isteri Maut, Empat Anak Cedera Kemalangan Di Paloh Hinai, Pekan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Pegawai Polis Berpangkat Inspektor Dari IPD Kuantan Dan Isteri Maut, Empat Anak Cedera Kemalangan Di Paloh Hinai, Pekan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/seorang-pegawai-polis-berpangkat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Seorang Pegawai Polis Berpangkat Inspektor Dari IPD Kuantan Dan Isteri Maut, Empat Anak Cedera Kemalangan Di Paloh Hinai, Pekan"

Catat Ulasan

Loading...