Judul : Tengku Mahkota Pahang Seru Umat Islam Perkukuh Perpaduan, Banyakkan Amal Dan Hayati Semangat Pengorbanan Sempena Bulan Zulhijjah
link : Tengku Mahkota Pahang Seru Umat Islam Perkukuh Perpaduan, Banyakkan Amal Dan Hayati Semangat Pengorbanan Sempena Bulan Zulhijjah
Tengku Mahkota Pahang Seru Umat Islam Perkukuh Perpaduan, Banyakkan Amal Dan Hayati Semangat Pengorbanan Sempena Bulan Zulhijjah
KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menyeru umat Islam memperkukuh hubungan sesama insan, memperbanyakkan amal ibadah dan menghayati semangat pengorbanan demi agama, bangsa dan negara sempena bulan Zulhijjah.
Tengku Mahkota bertitah Zulhijjah yang juga merupakan antara satu daripada bulan haram dalam kalendar Hijrah merupakan waktu terbaik untuk umat Islam memperbanyakkan doa, zikir serta amal kebajikan.
“Kita seharusnya memperbanyakkan amal kebajikan dan meninggalkan segala bentuk hiburan melampau, pesta, acara yang melalaikan serta perkara-perkara yang boleh mencemarkan kemuliaannya,” demikian menurut hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang, hari ini.
Tengku Hassanal turut menyeru umat Islam mengukuhkan semangat pengorbanan, khususnya dalam meredakan sengketa dan perselisihan faham sesama umat Islam, terutama dalam kalangan orang Melayu sepertimana yang dizahirkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi Perutusan Aidiladha baru-baru ini.
“Dalam masa yang sama, perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini juga perlu terus dipelihara kerana kekuatan sesebuah negara terletak pada sikap saling menghormati, memahami dan hidup bersatu padu antara semua bangsa serta lapisan masyarakat,” titah Tengku Hassanal.
Tengku Mahkota turut menegaskan bahawa kesatuan dan perpaduan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama hendaklah sentiasa dipelihara, diperkasakan dan dijunjung tinggi demi kestabilan, kemakmuran serta masa depan bangsa dan negara.
“Sebagai waris Institusi Kesultanan Pahang, saya mendoakan agar seluruh rakyat Negeri Pahang sentiasa dikurniakan keselamatan, kesejahteraan dan keberkatan di dunia serta akhirat, ” menurut hantaran itu.
Hantaran itu turut memaklumkan Tengku Hasssanal berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Tunku Azizah Iskandar, Kampung Baru di Bentong. #Bernama
Demikianlah Artikel Tengku Mahkota Pahang Seru Umat Islam Perkukuh Perpaduan, Banyakkan Amal Dan Hayati Semangat Pengorbanan Sempena Bulan Zulhijjah
Anda sekarang membaca artikel Tengku Mahkota Pahang Seru Umat Islam Perkukuh Perpaduan, Banyakkan Amal Dan Hayati Semangat Pengorbanan Sempena Bulan Zulhijjah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/tengku-mahkota-pahang-seru-umat-islam.html

0 Response to "Tengku Mahkota Pahang Seru Umat Islam Perkukuh Perpaduan, Banyakkan Amal Dan Hayati Semangat Pengorbanan Sempena Bulan Zulhijjah"
Catat Ulasan