Judul : Tiga Pekerja Pelantar Minyak Maut, Seorang Cedera Parah Selepas Bot Penyelamat (Life Boat) Yang Dinaiki Mereka Terjatuh Ke Dalam Laut
link : Tiga Pekerja Pelantar Minyak Maut, Seorang Cedera Parah Selepas Bot Penyelamat (Life Boat) Yang Dinaiki Mereka Terjatuh Ke Dalam Laut
Tiga Pekerja Pelantar Minyak Maut, Seorang Cedera Parah Selepas Bot Penyelamat (Life Boat) Yang Dinaiki Mereka Terjatuh Ke Dalam Laut
KUALA TERENGGANU: Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat (life boat) yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam laut di Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan sedang menaiki bot berkenaan untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform tersebut.
Menurut beliau, insiden itu dipercayai berpunca apabila tali atau cangkuk (hook) yang dipasang pada bot penyelamat berkenaan tiba-tiba tercabut, menyebabkan kesemua mangsa bersama bot tersebut terjatuh ke dalam laut.
"Pasukan penyelamat digerakkan segera untuk menaikkan mereka semula ke atas platform.
"Kesemua mangsa kemudiannya telah dibawa menaiki helikopter pada jam 4 petang untuk diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) bagi mendapatkan rawatan kecemasan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Azli berkata, mangsa tiba di LTSM pada jam 5 petang dan terus dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), namun tiga daripada mereka kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 5.25 petang.
"Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Ahmad Fiqri Zakaria, 38, yang beralamat di Batu Berendam, Melaka; Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dari Kuantan, Pahang; dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 37, dari Bandar Indera Mahkota, Pahang.
"Sementara itu, seorang lagi mangsa iaitu Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, yang berasal dari Banting, Selangor dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat patah tulang dan kini masih dirawat di Unit Kecemasan HSNZ," ujarnya.
Beliau menambah, ketiga-tiga jenazah mangsa yang maut telah dibawa ke Jabatan Forensik HSNZ pada jam 7.40 malam untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
Bagaimanapun katanya, setakat lewat malam tadi pihak jabatan berkenaan dilaporkan masih belum menjalankan prosedur tersebut. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Tiga Pekerja Pelantar Minyak Maut, Seorang Cedera Parah Selepas Bot Penyelamat (Life Boat) Yang Dinaiki Mereka Terjatuh Ke Dalam Laut
Anda sekarang membaca artikel Tiga Pekerja Pelantar Minyak Maut, Seorang Cedera Parah Selepas Bot Penyelamat (Life Boat) Yang Dinaiki Mereka Terjatuh Ke Dalam Laut dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/tiga-pekerja-pelantar-minyak-maut.html

0 Response to "Tiga Pekerja Pelantar Minyak Maut, Seorang Cedera Parah Selepas Bot Penyelamat (Life Boat) Yang Dinaiki Mereka Terjatuh Ke Dalam Laut "
Catat Ulasan