Loading...

Kerajaan Persekutuan Sentiasa Meningkatkan Peruntukan Kepada Negeri Pahang Setiap Tahun, Beri Perhatian Terhadap Projek Jadi Keutamaan

Loading...
Kerajaan Persekutuan Sentiasa Meningkatkan Peruntukan Kepada Negeri Pahang Setiap Tahun, Beri Perhatian Terhadap Projek Jadi Keutamaan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Persekutuan Sentiasa Meningkatkan Peruntukan Kepada Negeri Pahang Setiap Tahun, Beri Perhatian Terhadap Projek Jadi Keutamaan , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Persekutuan Sentiasa Meningkatkan Peruntukan Kepada Negeri Pahang Setiap Tahun, Beri Perhatian Terhadap Projek Jadi Keutamaan
link : Kerajaan Persekutuan Sentiasa Meningkatkan Peruntukan Kepada Negeri Pahang Setiap Tahun, Beri Perhatian Terhadap Projek Jadi Keutamaan

Baca juga


Kerajaan Persekutuan Sentiasa Meningkatkan Peruntukan Kepada Negeri Pahang Setiap Tahun, Beri Perhatian Terhadap Projek Jadi Keutamaan

KELANA JAYA: Kerajaan Persekutuan sentiasa meningkatkan peruntukan kepada negeri-negeri termasuk Pahang setiap tahun selain memberi perhatian terhadap projek yang menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, perkara itu telah dijelaskan kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam pertemuan mereka minggu lalu.

Menurutnya, kerajaan turut komited membangunkan Pahang menerusi pelbagai inisiatif pembangunan dan bantuan yang disalurkan secara terus kepada rakyat.

"Saya sudah berjumpa Sultan Pahang minggu lalu dan kita memberi penerangan mengenai peruntukan disediakan oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

"Peruntukan yang disediakan setiap tahun kepada negeri-negeri meningkat dan projek-projek yang diberi keutamaan oleh negeri juga mendapat perhatian serta peruntukan sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang mempersoalkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Pahang ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15.

Terdahulu, Amir Hamzah melakukan lawatan dan beramah mesra bersama peniaga di Pasar Tani Kelana Jaya di sini pada Sabtu.

Amir Hamzah berkata, kerajaan sentiasa bersedia menambah baik proses penyampaian bantuan dan pembangunan sekiranya terdapat ruang untuk penambahbaikan.

Katanya, komitmen kerajaan Persekutuan untuk membangunkan negeri Pahang kekal kukuh dan dapat dilihat menerusi peningkatan peruntukan dari semasa ke semasa.

"Penyaluran bantuan bukan sahaja kepada kerajaan negeri tetapi juga secara terus kepada rakyat melalui pelbagai skim seperti SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dan program bantuan lain," jelas beliau.

Beliau berkata, pembangunan Pantai Timur turut diberi perhatian menerusi projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap pada hujung tahun ini.

Menurutnya, kerajaan kini memberi tumpuan kepada usaha menarik pelaburan baharu dan membangunkan zon perindustrian di Pantai Timur bagi memanfaatkan infrastruktur yang sedang dibangunkan.

"Kita mahu memastikan infrastruktur yang dibina dapat dimanfaatkan sepenuhnya, selain menambah baik kemudahan sokongan supaya lebih menarik kepada pelabur.

"Penekanan kita adalah menyediakan peruntukan untuk membina masa depan negeri dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih besar," tambah beliau. #sinarharian



Demikianlah Artikel Kerajaan Persekutuan Sentiasa Meningkatkan Peruntukan Kepada Negeri Pahang Setiap Tahun, Beri Perhatian Terhadap Projek Jadi Keutamaan

Sekianlah artikel Kerajaan Persekutuan Sentiasa Meningkatkan Peruntukan Kepada Negeri Pahang Setiap Tahun, Beri Perhatian Terhadap Projek Jadi Keutamaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Persekutuan Sentiasa Meningkatkan Peruntukan Kepada Negeri Pahang Setiap Tahun, Beri Perhatian Terhadap Projek Jadi Keutamaan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/kerajaan-persekutuan-sentiasa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Persekutuan Sentiasa Meningkatkan Peruntukan Kepada Negeri Pahang Setiap Tahun, Beri Perhatian Terhadap Projek Jadi Keutamaan "

Catat Ulasan

Loading...