Loading...

Kira-Kira 90 Peratus Kepimpinan Jawatankuasa BERSATU Temerloh Umum Keluar Parti Dan Memilih Untuk Menyertai Gerakan RESET

Loading...
Kira-Kira 90 Peratus Kepimpinan Jawatankuasa BERSATU Temerloh Umum Keluar Parti Dan Memilih Untuk Menyertai Gerakan RESET - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kira-Kira 90 Peratus Kepimpinan Jawatankuasa BERSATU Temerloh Umum Keluar Parti Dan Memilih Untuk Menyertai Gerakan RESET, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kira-Kira 90 Peratus Kepimpinan Jawatankuasa BERSATU Temerloh Umum Keluar Parti Dan Memilih Untuk Menyertai Gerakan RESET
link : Kira-Kira 90 Peratus Kepimpinan Jawatankuasa BERSATU Temerloh Umum Keluar Parti Dan Memilih Untuk Menyertai Gerakan RESET

Baca juga


Kira-Kira 90 Peratus Kepimpinan Jawatankuasa BERSATU Temerloh Umum Keluar Parti Dan Memilih Untuk Menyertai Gerakan RESET

TEMERLOH: Gelombang penghijrahan kepimpinan BERSATU ke Gerakan RESET turut melanda Temerloh apabila kira-kira 90 peratus Ahli Jawatankuasa (AJK) BERSATU Bahagian Temerloh mengambil keputusan meninggalkan parti itu untuk menyertai wadah  politik baharu berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua BERSATU Bahagian Temerloh, Datuk Mohd Rofaie Hamdan menegaskan langkah itu tidak akan menjejaskan kekuatan Perikatan Nasional (PN) di kawasan berkenaan kerana hubungan serta kerjasama dengan parti-parti komponen lain akan terus diperkukuhkan.

Beliau berkata, keputusan berkenaan dicapai selepas mesyuarat jawatankuasa bahagian yang berlangsung hari ini dengan majoriti kepimpinan bersetuju meneruskan perjuangan politik melalui Gerakan RESET yang dipelopori Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurutnya, daripada 20 AJK bahagian, hanya tiga AJK bahagian dan dua cawangan memilih untuk tidak menyertai keputusan berkenaan.

“Lebih 90 peratus kepimpinan jawatankuasa bahagian mengambil keputusan bersama untuk menyertai Gerakan RESET.

“Keputusan ini bukan dibuat secara individu, sebaliknya selepas mengambil kira pandangan akar umbi, kepimpinan serta perkembangan politik semasa,” katanya pada sidang media di Pejabat BERSATU Bahagian Temerloh, di sini, hari ini.

Mohd Rofaie berkata, pihaknya tidak menetapkan sasaran jumlah ahli yang akan menyertai Gerakan RESET, namun yakin sokongan terhadap gerakan itu akan terus berkembang.

Katanya, beberapa bahagian lain di seluruh negara turut menyatakan sokongan kepada Gerakan RESET dan jumlah itu dijangka meningkat selepas konvensyen pertama gerakan berkenaan di Tanah Merah, Kelantan pada 13 Jun ini.

Beliau turut berpandangan bahawa keputusan PAS menamatkan hubungan dengan BERSATU di peringkat pusat berkemungkinan mempengaruhi sentimen ahli-ahli BERSATU di pelbagai bahagian.

“Ramai ahli mempunyai hubungan kerja yang baik dengan PAS serta rakan komponen PN yang lain. Perkembangan ini mungkin mendorong lebih banyak bahagian membuat keputusan yang sama,” katanya.

Menurutnya, penyertaan ke dalam Gerakan RESET tidak bermaksud mereka meninggalkan PN kerana gerak kerja politik bersama PAS dan parti-parti komponen lain akan diteruskan seperti biasa.

“PN di Temerloh dan Pahang tidak akan terjejas. Kami hanya bertukar wadah perjuangan, tetapi masih bersama rakan-rakan dalam PN.

“Hubungan dengan PAS kekal baik dan setiap keputusan yang dibuat mengambil kira pandangan semua pihak,” katanya. #sahih



Demikianlah Artikel Kira-Kira 90 Peratus Kepimpinan Jawatankuasa BERSATU Temerloh Umum Keluar Parti Dan Memilih Untuk Menyertai Gerakan RESET

Sekianlah artikel Kira-Kira 90 Peratus Kepimpinan Jawatankuasa BERSATU Temerloh Umum Keluar Parti Dan Memilih Untuk Menyertai Gerakan RESET kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kira-Kira 90 Peratus Kepimpinan Jawatankuasa BERSATU Temerloh Umum Keluar Parti Dan Memilih Untuk Menyertai Gerakan RESET dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/kira-kira-90-peratus-kepimpinan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kira-Kira 90 Peratus Kepimpinan Jawatankuasa BERSATU Temerloh Umum Keluar Parti Dan Memilih Untuk Menyertai Gerakan RESET"

Catat Ulasan

Loading...