Loading...

Lima Individu Termasuk Seorang Jururawat Wanita Direman, Membantu Siasatan Berhubung Kegiatan Penjualan Sijil Cuti Sakit (MC) Palsu

Loading...
Lima Individu Termasuk Seorang Jururawat Wanita Direman, Membantu Siasatan Berhubung Kegiatan Penjualan Sijil Cuti Sakit (MC) Palsu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lima Individu Termasuk Seorang Jururawat Wanita Direman, Membantu Siasatan Berhubung Kegiatan Penjualan Sijil Cuti Sakit (MC) Palsu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lima Individu Termasuk Seorang Jururawat Wanita Direman, Membantu Siasatan Berhubung Kegiatan Penjualan Sijil Cuti Sakit (MC) Palsu
link : Lima Individu Termasuk Seorang Jururawat Wanita Direman, Membantu Siasatan Berhubung Kegiatan Penjualan Sijil Cuti Sakit (MC) Palsu

Baca juga


Lima Individu Termasuk Seorang Jururawat Wanita Direman, Membantu Siasatan Berhubung Kegiatan Penjualan Sijil Cuti Sakit (MC) Palsu

PEKAN: Lima individu termasuk seorang jururawat wanita direman masing-masing tiga dan empat hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan penjualan sijil cuti sakit (MC) palsu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Pekan hari ini selepas suspek berusia 30 hingga 55 tahun ditahan di beberapa lokasi sekitar daerah ini sejak pukul 3 petang hingga 10 malam semalam.

Majistret Melody Woon Sze Mun membenarkan tahanan reman empat hari sehingga 19 Jun ini terhadap empat suspek yang dipercayai bertindak sebagai pembekal dan orang tengah, manakala seorang lagi dipercayai pembeli MC palsu direman tiga hari sehingga 18 Jun ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud menipu dan Seksyen 420 kanun sama kerana menipu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan dilakukan selepas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan menerima maklumat mengenai kegiatan itu yang dipercayai berlaku di sekitar daerah ini pada 12 Mei lalu.

Katanya, maklumat diperoleh daripada seorang individu mendakwa membeli MC daripada seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan dokumen tersebut daripada sebuah klinik kerajaan dengan bayaran tertentu.

“Hasil semakan PKD Pekan mendapati MC terbabit menggunakan nama, cap dan tandatangan seorang pegawai perubatan yang telah bertukar tempat bertugas sejak 2023.

“Semakan lanjut turut mendapati nombor siri yang digunakan berasal daripada buku MC rasmi yang telah diedarkan kepada sebuah klinik kerajaan,” katanya.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati MC berkenaan dipercayai dijual pada harga RM50 hingga RM200 sekeping.

Tambahnya, kegiatan tersebut dipercayai dilakukan secara terancang melibatkan individu yang berperanan sebagai orang tengah bagi mencari pelanggan dan menguruskan urusan penjualan MC. #kosmo! 



Demikianlah Artikel Lima Individu Termasuk Seorang Jururawat Wanita Direman, Membantu Siasatan Berhubung Kegiatan Penjualan Sijil Cuti Sakit (MC) Palsu

Sekianlah artikel Lima Individu Termasuk Seorang Jururawat Wanita Direman, Membantu Siasatan Berhubung Kegiatan Penjualan Sijil Cuti Sakit (MC) Palsu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lima Individu Termasuk Seorang Jururawat Wanita Direman, Membantu Siasatan Berhubung Kegiatan Penjualan Sijil Cuti Sakit (MC) Palsu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/lima-individu-termasuk-seorang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lima Individu Termasuk Seorang Jururawat Wanita Direman, Membantu Siasatan Berhubung Kegiatan Penjualan Sijil Cuti Sakit (MC) Palsu"

Catat Ulasan

Loading...