Judul : Mahkamah Sesyen Kuantan Perintahkan Bekas OCPD Temerloh, Membela Diri Atas 46 Pertuduhan Terima Rasuah Bernilai Keseluruhan RM69,600
link : Mahkamah Sesyen Kuantan Perintahkan Bekas OCPD Temerloh, Membela Diri Atas 46 Pertuduhan Terima Rasuah Bernilai Keseluruhan RM69,600
Mahkamah Sesyen Kuantan Perintahkan Bekas OCPD Temerloh, Membela Diri Atas 46 Pertuduhan Terima Rasuah Bernilai Keseluruhan RM69,600
KUANTAN: Mahkamah Sesyen Kuantan pada Isnin memerintahkan bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Temerloh, Mohd Azhar Mohd Yusoff membela diri atas 46 pertuduhan menerima rasuah bernilai keseluruhan RM69,600 tanpa balasan, antara Mac 2019 hingga Januari 2023.
Hakim Sazlina Safie membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Azhar, 56, di akhir kes pendakwaan.
Sazlina dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati kesemua 46 pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh adalah teratur dan sah serta tidak melanggar Seksyen 164 Kanun Tatacara Jenayah atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie selepas membuat penilaian maksimum terhadap keseluruhan kes pendakwaan termasuk keterangan 20 saksi pendakwaan.
"Mahkamah juga memutuskan bahawa anggapan di bawah Seksyen 53 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah terpakai terhadap tertuduh.
"Sehubungan itu, tertuduh diperintahkan membela diri bagi kesemua 46 pertuduhan utama untuk menyangkal anggapan terhadap pertuduhan yang dikenakan," katanya dalam prosiding tersebut pada Isnin.
Mahkamah kemudian menetapkan prosiding pembelaan pada 19 Ogos depan dan Mohd Azhar memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
Pada 7 September 2023, Mohd Azhar mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan menerima rasuah tanpa balasan itu yang didakwa diterima melalui transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke akaun bank yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan membabitkan penerimaan wang antara RM100 hingga RM5,600 daripada empat individu sebagai dorongan untuk melindungi mereka daripada dikenakan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan. #sinarharian
Demikianlah Artikel Mahkamah Sesyen Kuantan Perintahkan Bekas OCPD Temerloh, Membela Diri Atas 46 Pertuduhan Terima Rasuah Bernilai Keseluruhan RM69,600
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Sesyen Kuantan Perintahkan Bekas OCPD Temerloh, Membela Diri Atas 46 Pertuduhan Terima Rasuah Bernilai Keseluruhan RM69,600 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/mahkamah-sesyen-kuantan-perintahkan.html

0 Response to "Mahkamah Sesyen Kuantan Perintahkan Bekas OCPD Temerloh, Membela Diri Atas 46 Pertuduhan Terima Rasuah Bernilai Keseluruhan RM69,600 "
Catat Ulasan