Loading...

Nahas Ragut Empat Sekeluarga Di Kilometer 43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Pemandu Treler Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Loading...
Nahas Ragut Empat Sekeluarga Di Kilometer 43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Pemandu Treler Dibebaskan Dengan Jaminan Polis - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nahas Ragut Empat Sekeluarga Di Kilometer 43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Pemandu Treler Dibebaskan Dengan Jaminan Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nahas Ragut Empat Sekeluarga Di Kilometer 43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Pemandu Treler Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
link : Nahas Ragut Empat Sekeluarga Di Kilometer 43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Pemandu Treler Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Baca juga


Nahas Ragut Empat Sekeluarga Di Kilometer 43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Pemandu Treler Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

PEKAN: Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), dekat Bentong pada 14 Jun lalu, dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya berakhir.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 40 tahun itu sebelum ini direman selama empat hari selepas ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata, tempoh reman terhadap suspek yang bermula Isnin lalu tamat pada Khamis.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong sedang melengkapkan siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan dan Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengambil dadah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Polis Pahang di Dewan Konvensyen Majlis Perbandaran Pekan pada Jumaat.

Yahaya berkata, polis masih menunggu laporan makmal sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4.25 petang itu, empat sekeluarga dari Felda Mempaga 1 maut di lokasi kejadian selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebuah treler yang dipercayai hilang kawalan.

Mangsa yang maut ialah pemandu Honda City, A Halim Hasoon, 55, isterinya, Rozita Buang, 58, anak perempuan mereka, Norbahyah A Halim, 26, serta cucu berusia setahun, Nayla Afya Aizat Faizal.

Siasatan awal mendapati treler yang membawa muatan habuk kayu itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh berbukit sebelum terbabas dan menghempap kenderaan mangsa.#sinarharian



Demikianlah Artikel Nahas Ragut Empat Sekeluarga Di Kilometer 43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Pemandu Treler Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Sekianlah artikel Nahas Ragut Empat Sekeluarga Di Kilometer 43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Pemandu Treler Dibebaskan Dengan Jaminan Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nahas Ragut Empat Sekeluarga Di Kilometer 43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Pemandu Treler Dibebaskan Dengan Jaminan Polis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/nahas-ragut-empat-sekeluarga-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nahas Ragut Empat Sekeluarga Di Kilometer 43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Pemandu Treler Dibebaskan Dengan Jaminan Polis"

Catat Ulasan

Loading...