Loading...

Pahang Melakar Sejarah Apabila Berjaya Himpun Kira-Kira Seramai 5,000 Huffaz Dari Seluruh Negeri Di Kompleks Yayasan Pahang Malam Tadi

Loading...
Pahang Melakar Sejarah Apabila Berjaya Himpun Kira-Kira Seramai 5,000 Huffaz Dari Seluruh Negeri Di Kompleks Yayasan Pahang Malam Tadi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Melakar Sejarah Apabila Berjaya Himpun Kira-Kira Seramai 5,000 Huffaz Dari Seluruh Negeri Di Kompleks Yayasan Pahang Malam Tadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Melakar Sejarah Apabila Berjaya Himpun Kira-Kira Seramai 5,000 Huffaz Dari Seluruh Negeri Di Kompleks Yayasan Pahang Malam Tadi
link : Pahang Melakar Sejarah Apabila Berjaya Himpun Kira-Kira Seramai 5,000 Huffaz Dari Seluruh Negeri Di Kompleks Yayasan Pahang Malam Tadi

Baca juga


Pahang Melakar Sejarah Apabila Berjaya Himpun Kira-Kira Seramai 5,000 Huffaz Dari Seluruh Negeri Di Kompleks Yayasan Pahang Malam Tadi

KUANTAN: Pahang melakar sejarah apabila berjaya menghimpunkan kira-kira 5,000 huffaz dari seluruh negeri menerusi penganjuran sulung Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026 yang berlangsung di Kompleks Yayasan Pahang malam tadi.

Himpunan terbesar seumpamanya di Pahang itu menjadi manifestasi komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memartabatkan institusi tahfiz serta memperkasa pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.

Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sambil disaksikan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ahmad Zahid berkata himpunan pada malam ini adalah luar biasa dan bermakna yang menghimpunkan para huffaz daripada seluruh negeri.

“Tidak ada negeri di Malaysia yang adakan himpunan huffaz hanya Pahang yang pertama melakukannya, ini memperlihatkan bumi pahang adalah bumi yang akan mendapat rahmah daripada Allah.

“Darul Makmur bumi bertuah kerana kita ada raja yang sangat prihatin kepada huffaznya, kita juga amat bertuah kerana Menteri Besarnya amat prihatin kepada para huffaz malah saya bersyukur kerana seluruh exco bagi dokongan kepada cita-cita huffaz ini, lebih-lebih lagi cita-cita ini direalisasikan oleh Yayasan Pahang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Himpunan Huffaz Pahang 2026 di Pekarangan Rumah Pahang Kompleks Yayasan Pahang malam tadi.

Pada majlis tersebut, turut diadakan sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pahang dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai langkah memperkukuh pembangunan pendidikan tahfiz serta memperluas peluang kemahiran kepada golongan huffaz.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata pencapaian institusi tahfiz di bawah kelolaan kerajaan negeri Pahang pada masa ini amat membanggakan.

“Hasil daripada perancangan dan pelaburan yang tersusun ini, Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang telah membuktikan kecemerlangan mereka apabila keputusan SPM 2025 meletakkan institusi tahfiz milik Kerajaan Negeri Pahang ini dalam kelompok empat institusi pendidikan terbaik di Malaysia.

“Ini membuktikan bahawa pendidikan tahfiz dan kecemerlangan akademik boleh bergerak seiring,”ujarnya. #kosmo!



Demikianlah Artikel Pahang Melakar Sejarah Apabila Berjaya Himpun Kira-Kira Seramai 5,000 Huffaz Dari Seluruh Negeri Di Kompleks Yayasan Pahang Malam Tadi

Sekianlah artikel Pahang Melakar Sejarah Apabila Berjaya Himpun Kira-Kira Seramai 5,000 Huffaz Dari Seluruh Negeri Di Kompleks Yayasan Pahang Malam Tadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Melakar Sejarah Apabila Berjaya Himpun Kira-Kira Seramai 5,000 Huffaz Dari Seluruh Negeri Di Kompleks Yayasan Pahang Malam Tadi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/pahang-melakar-sejarah-apabila-berjaya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pahang Melakar Sejarah Apabila Berjaya Himpun Kira-Kira Seramai 5,000 Huffaz Dari Seluruh Negeri Di Kompleks Yayasan Pahang Malam Tadi"

Catat Ulasan

Loading...