Judul : Pasukan Gerakan Am (PGA) Bongkar Kegiatan Melombong Bauksit Haram Di Bukit Goh, Sembilan Indvidu Termasuk Lima Warga Asing Ditahan
link : Pasukan Gerakan Am (PGA) Bongkar Kegiatan Melombong Bauksit Haram Di Bukit Goh, Sembilan Indvidu Termasuk Lima Warga Asing Ditahan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Bongkar Kegiatan Melombong Bauksit Haram Di Bukit Goh, Sembilan Indvidu Termasuk Lima Warga Asing Ditahan
KUANTAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar kegiatan melombong mineral bauksit dipercayai diusahakan secara haram hasil serbuan dilakukan di kawasan sebuah ladang kelapa sawit di Felda Bukit Goh di sini pada Khamis.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, hasil serbuan dijalankan anggota Cawangan Risik Batalion 7 PGA kira-kira jam 11.30 pagi itu, pihaknya menahan sembilan lelaki termasuk lima warga asing tanpa dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut bersama pegawai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) mendapati aktiviti melombong mineral bauksit itu dijalankan tanpa lesen sah.
"Kesemua suspek gagal mengemukakan sebarang kelulusan atau dokumen berkaitan aktiviti yang sedang dilakukan.
"Susulan itu, pelbagai barangan dirampas untuk siasatan lanjut terdiri tiga lori tanah, dua jengkaut, 10,000 tan longgokan tanah disyaki mengandungi mineral bauksit dan beberapa dokumen. Anggaran nilai rampasan keseluruhan mencecah lebih RM3.7 juta," katanya.
Ahmad Radzi berkata, siasatan awal mendapati tapak lokasi berkenaan dimiliki seorang peneroka dan dipajak kepada sebuah syarikat bagi kerja-kerja pembersihan untuk penanaman semula kelapa sawit sejak Mac lalu.
Menurutnya, semua tanah yang dikorek akan dihantar ke kilang di Gebeng untuk diproses sebelum dihantar kepada pembeli.
"Hasil semakan mendapati aktiviti mengorek tanah tersebut tidak mempunyai sebarang lesen dan kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Negeri Pahang," katanya.
Jelas beliau, menurut individu yang ditahan, mereka bekerja dengan tauke lelaki dengan gaji RM 1,900 sehingga RM 2,200 sebulan.
"Semua warga asing terdiri empat warga Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh yang ditahan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut manakala lain-lain tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak UPNP.
"Pihak UPNP telah membuat sitaan dan pemberhentian serta merta ke atas lokasi dan kesemua jentera tersebut sehingga siasatan lengkap selesai dijalankan," katanya.
Beliau berkata, pihak polis akan mengesan majikan terlibat kerana menggaji pekerja tanpa permit yang sah.
"Kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri 2001, Seksyen 15(1)(c), Seksyen 39(b) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," ujarnya. #sinarharian
Demikianlah Artikel Pasukan Gerakan Am (PGA) Bongkar Kegiatan Melombong Bauksit Haram Di Bukit Goh, Sembilan Indvidu Termasuk Lima Warga Asing Ditahan
Anda sekarang membaca artikel Pasukan Gerakan Am (PGA) Bongkar Kegiatan Melombong Bauksit Haram Di Bukit Goh, Sembilan Indvidu Termasuk Lima Warga Asing Ditahan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/pasukan-gerakan-am-pga-bongkar-kegiatan.html

0 Response to "Pasukan Gerakan Am (PGA) Bongkar Kegiatan Melombong Bauksit Haram Di Bukit Goh, Sembilan Indvidu Termasuk Lima Warga Asing Ditahan"
Catat Ulasan