Loading...

Pemuda PAS Pahang: Kerjasama Politik Parti Itu Demi Ummah Dan Negara, Bukan Sekadar Mencari Keuntungan Semata-Mata

Loading...
Pemuda PAS Pahang: Kerjasama Politik Parti Itu Demi Ummah Dan Negara, Bukan Sekadar Mencari Keuntungan Semata-Mata - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda PAS Pahang: Kerjasama Politik Parti Itu Demi Ummah Dan Negara, Bukan Sekadar Mencari Keuntungan Semata-Mata , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda PAS Pahang: Kerjasama Politik Parti Itu Demi Ummah Dan Negara, Bukan Sekadar Mencari Keuntungan Semata-Mata
link : Pemuda PAS Pahang: Kerjasama Politik Parti Itu Demi Ummah Dan Negara, Bukan Sekadar Mencari Keuntungan Semata-Mata

Baca juga


Pemuda PAS Pahang: Kerjasama Politik Parti Itu Demi Ummah Dan Negara, Bukan Sekadar Mencari Keuntungan Semata-Mata

KUANTAN: Kerjasama politik dibina PAS tidak pernah berteraskan kepentingan material atau keuntungan jangka pendek sebagaimana naratif dimainkan segelintir pihak ketika ini.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar sebaliknya berkata, PAS sentiasa meletakkan maslahat ummah, kestabilan negara serta kepentingan rakyat sebagai pertimbangan utama dalam setiap keputusan politik yang diambil.

Menurutnya, terdapat segelintir pihak khususnya daripada UMNO dan Pakatan Harapan (PH) cuba membina naratif bahawa PAS kehilangan kekuatan politik dan kewangan selepas keputusan Pas Pusat penamatan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini.

"Persepsi seperti itu bukan sahaja dangkal, malah gagal memahami asas sebenar perjuangan dan pendekatan politik PAS.

"Ketika UMNO berada pada saat paling mencabar selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PAS tampil menghulurkan tangan melalui pembentukan Muafakat Nasional (MN)

"Langkah tersebut bukan kerana kepentingan politik sempit, tetapi atas kesedaran bahawa penyatuan umat Melayu Islam merupakan keperluan besar ketika itu," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Ahmad Azlan berkata, dalam isu hubungan PAS dan Bersatu, keputusan dibuat PAS itu perlu dilihat dalam kerangka prinsip dan dasar perjuangan parti.

Katanya, PAS sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, namun kerjasama tersebut mestilah dibina atas asas saling menghormati, mematuhi persefahaman yang dipersetujui serta tidak mencabuli prinsip-prinsip asas perjuangan parti.

"PAS bukan sebuah parti yang bergerak berdasarkan emosi atau tekanan politik semasa sebaliknya mempunyai prinsip, dasar dan hala tuju yang jelas.

"Apabila terdapat perkara yang menyentuh atau mengganggu asas-asas tersebut, maka kepimpinan parti bertanggungjawab mengambil langkah yang difikirkan terbaik demi menjaga integriti perjuangan," ujarnya.

Atas sebab itu katanya, keputusan PAS itu bukan tanda kelemahan, sebaliknya menunjukkan ketegasan parti dalam mempertahankan prinsip walaupun berdepan pelbagai tuduhan dan serangan politik.

Dalam masa yang sama, Ahmad Azlan tegaskan, PAS tetap konsisten dengan agenda penyatuan ummah di mana pintu rundingan dan kerjasama politik sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak.

"PAS tidak pernah rugi dalam mana-mana kerjasama politik yang dibina kerana ueuntungan terbesarnya apabila prinsip terus dipertahankan, perjuangan terus diperkasakan dan kepercayaan rakyat terus dipelihara.

"Dalam politik, kekuatan sebenar bukan terletak pada jumlah dana atau kedudukan sementara, tetapi pada kemampuan mempertahankan prinsip ketika berhadapan dengan ujian," katanya.

Kenyataan Ahmad Azlan itu susulan naratif dimainkan setengah pihak mendakwa kerjasama PAS dan Bersatu sebelum ini sebagai persahabatan ada sebab sama ada untuk duit ataupun kelangsungan kerusi dalam parti. #sinarharian



Demikianlah Artikel Pemuda PAS Pahang: Kerjasama Politik Parti Itu Demi Ummah Dan Negara, Bukan Sekadar Mencari Keuntungan Semata-Mata

Sekianlah artikel Pemuda PAS Pahang: Kerjasama Politik Parti Itu Demi Ummah Dan Negara, Bukan Sekadar Mencari Keuntungan Semata-Mata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda PAS Pahang: Kerjasama Politik Parti Itu Demi Ummah Dan Negara, Bukan Sekadar Mencari Keuntungan Semata-Mata dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/pemuda-pas-pahang-kerjasama-politik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemuda PAS Pahang: Kerjasama Politik Parti Itu Demi Ummah Dan Negara, Bukan Sekadar Mencari Keuntungan Semata-Mata "

Catat Ulasan

Loading...