Loading...

Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Mendakwa Negeri Johor Tidak Terlalu Tinggi Berbanding Bulan, Bukan Mustahil PAS Memenangi Kerusi

Loading...
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Mendakwa Negeri Johor Tidak Terlalu Tinggi Berbanding Bulan, Bukan Mustahil PAS Memenangi Kerusi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Mendakwa Negeri Johor Tidak Terlalu Tinggi Berbanding Bulan, Bukan Mustahil PAS Memenangi Kerusi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Mendakwa Negeri Johor Tidak Terlalu Tinggi Berbanding Bulan, Bukan Mustahil PAS Memenangi Kerusi
link : Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Mendakwa Negeri Johor Tidak Terlalu Tinggi Berbanding Bulan, Bukan Mustahil PAS Memenangi Kerusi

Baca juga


Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Mendakwa Negeri Johor Tidak Terlalu Tinggi Berbanding Bulan, Bukan Mustahil PAS Memenangi Kerusi

KUANTAN: “Johor tidak terlalu tinggi berbanding bulan,” kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Dato’ Ustaz Rosli Abdul Jabar.

Sehubungan itu, ujarnya PAS hendak memenangi kerusi di Johor bukan mustahil.

“Cita-cita terhadapnya adalah realistik, insya-Allah kita terus mendaki dan terus mendaki. Jatuh, kita bangun lagi dan lagi, sampai masanya nanti kita akan sampailah di puncaknya,” katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya.

Beliau yang juga ADUN Tanjung Lumpur menambah, senario politik pun sudah semakin berubah.

“PAS bukan pungguk yang merindu, tetapi adalah bulan yang insya-Allah dirindui oleh rakyat Johor. Insya-Allah orang Johor akan sama seperti orang Pahang kerana iklimnya sama,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengimbau berada dalam PAS ketika tidak memerintah mana-mana negeri.

Katanya, ketika itu zaman PAS menjadi objek sendaan dan dianggap cita-cita PAS sebagai mitos.

“Masih ingat sendaan orang terhadap PAS sewaktu pimpinan PAS menegaskan usaha dan harapan PAS untuk memerintah, mereka katakan bahawa PAS sepertinya ‘pungguk rindukan bulan’,” katanya.

Menurut beliau, menggapai sesuatu yang baik adalah fitrah yang diberikan Allah Taala kepada manusia.

Beliau berkata, setinggi manapun cita-cita manusia selagi ianya tercapai oleh akal dan tidak bersifat mustahil ianya pasti tercapai dengan izin Allah SWT.

Apatah lagi, tambahnya meninggikan syiar Islam adalah cita-cita yang diperintahkan Allah SWT kepada hamba-Nya untuk bercita-cita dengannya.

Ujar beliau, sepanjang puluhan tahun berada dalam PAS, beliau menyaksikan parti itu berusaha untuk mencapai matlamat perjuangannya sebagai sesuatu yang bersifat sebuah cita-cita, bukannya sebuah angan-angan.

“PAS tidak pernah berhenti berjuang walaupun berdana sendiri, kalah berulang kali dan walaupun pemimpinnya pergi,” tegas beliau.

Katanya lagi, PAS sentiasa menyiramkan ahli-ahlinya dengan siraman tarbiyah sehingga tidak berbakar hangus walaupun mehnah terhadapnya bersuhu api.

Sementara itu, seramai 11 calon PERIKATAN NASIONAL daripada PAS bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 11 Julai nanti.

Mereka ialah Saifullah Abdul Wahab di DUN N.02 Jementah, Normala Sudirman (N.05 Tenang), Arshed Yahya (N.13 Simpang Jeram), Mohamad Anuar Hayan (N.15 Maharani), Muhammad Amin Sailan @ Sazali (N.16 Sungai Balang), Halim @ Othman Kepol (N.17 Semerah), Ahmad Rosdi Bahari (N.18 Sri Medan), Mazlan Bujang (N.31 Kahang), Hasnul Hakimi Hussien (N.32 Endau), Yuhanita Yunan (N.35 Pasir Raja) dan Khirul Muntanazar Ismail (N.40 Tiram).#harakahdaily



Demikianlah Artikel Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Mendakwa Negeri Johor Tidak Terlalu Tinggi Berbanding Bulan, Bukan Mustahil PAS Memenangi Kerusi

Sekianlah artikel Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Mendakwa Negeri Johor Tidak Terlalu Tinggi Berbanding Bulan, Bukan Mustahil PAS Memenangi Kerusi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Mendakwa Negeri Johor Tidak Terlalu Tinggi Berbanding Bulan, Bukan Mustahil PAS Memenangi Kerusi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/pesuruhjaya-pas-negeri-pahang-mendakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Mendakwa Negeri Johor Tidak Terlalu Tinggi Berbanding Bulan, Bukan Mustahil PAS Memenangi Kerusi"

Catat Ulasan

Loading...