Loading...

Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Gimnasium Mahkota Di Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota Semalam

Loading...
Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Gimnasium Mahkota Di Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota Semalam - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Gimnasium Mahkota Di Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota Semalam , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Gimnasium Mahkota Di Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota Semalam
link : Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Gimnasium Mahkota Di Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota Semalam

Baca juga


Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Gimnasium Mahkota Di Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota Semalam

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, berkenan bagi merasmikan Gimnasium Mahkota di Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota di sini semalam.

"Sukan dan latihan gimnasium memang menjadi kegemaran saya sejak sekian lama. Saya cuba melihat keperluan agensi-agensi kerajaan khususnya pasukan barisan hadapan seperti bomba, polis dan tentera supaya mereka mempunyai kemudahan yang lebih baik untuk menjalani latihan secara lebih rapi dan intensif.

"Melalui kemudahan ini, saya berharap mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas bagi meneruskan tanggungjawab membantu masyarakat yang memerlukan," titah Paduka Baginda.

Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam menjaga keselamatan rakyat.

"Pasukan bomba merupakan antara agensi barisan hadapan yang amat penting bagi negeri Pahang. Dalam pelbagai situasi kecemasan, sama ada kebakaran, kemalangan besar mahupun kejadian-kejadian kecil yang berlaku di rumah, merekalah antara pihak yang paling awal tiba di lokasi untuk memberikan bantuan.

Kadangkala perkara yang dianggap kecil seperti menangkap ular atau membantu individu yang menghadapi masalah tertentu turut memerlukan khidmat pasukan bomba. Sebab itulah saya mahu melihat anggota-anggota agensi keselamatan ini sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan cergas." titah Paduka Baginda.

Baginda turut bertitah agar masyarakat mengamalkan amalan gaya hidup sihat dan aktif tanpa mengira usia selain terus bersukan dengan menjalani aktiviti menyihatkan tubuh badan.

"Saya menggalakkan semua golongan, sama ada yang muda mahupun yang berusia, untuk terus aktif bersukan dan menjalani aktiviti yang menyihatkan tubuh badan.

"Kita dapat melihat ramai dalam kalangan generasi terdahulu masih kekal sihat dan bertenaga kerana sentiasa aktif melakukan pelbagai aktiviti harian seperti berkebun dan bekerja.

"Jika kita dapat mengamalkan aktiviti sukan secara lebih teratur dan berstruktur, insya-Allah ia mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan serta menyumbang kepada kualiti hidup yang lebih baik dan usia yang lebih panjang." titah baginda. #stadiumastro



Demikianlah Artikel Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Gimnasium Mahkota Di Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota Semalam

Sekianlah artikel Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Gimnasium Mahkota Di Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota Semalam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Gimnasium Mahkota Di Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota Semalam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/sultan-pahang-berkenan-merasmikan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Gimnasium Mahkota Di Balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota Semalam "

Catat Ulasan

Loading...