Judul : Sultan Pahang Tegur Pemimpin Tukar Pendirian Ikut Musim, Pelarian Masuk Atas Dasar Kemanusian Kini Berani Kemuka Pelbagai Tuntutan
link : Sultan Pahang Tegur Pemimpin Tukar Pendirian Ikut Musim, Pelarian Masuk Atas Dasar Kemanusian Kini Berani Kemuka Pelbagai Tuntutan
Sultan Pahang Tegur Pemimpin Tukar Pendirian Ikut Musim, Pelarian Masuk Atas Dasar Kemanusian Kini Berani Kemuka Pelbagai Tuntutan
KUALA LIPIS: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan kebimbangan terhadap sikap pihak tertentu yang sanggup meniup api perpecahan demi kepentingan masing-masing.
Baginda bertitah sentimen kaum, agama dan politik kini sering dijadikan alat untuk meraih sokongan, sekali gus mengancam perpaduan masyarakat.
"Pada hari ini, cabaran terhadap perpaduan tidak lagi datang dalam bentuk peperangan atau penjajahan seperti dahulu.
"Sebaliknya, ia hadir melalui fitnah, kebencian, hasutan dan perbalahan yang disebarkan tanpa batas melalui media sosial dan pelbagai saluran komunikasi," titah baginda sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang di Laman Sejahtera, Sungai Koyan, dekat Kuala Lipis, hari ini.
Al-Sultan Abdullah bertitah kekuatan umat Islam tidak hanya diukur berdasarkan jumlah, sebaliknya pada kemampuan untuk berbeza pandangan tanpa bermusuhan, menegur tanpa menghina dan bersaing tanpa meruntuhkan satu sama lain.
Baginda turut mengingatkan bahawa kejayaan sesebuah negara dan negeri tidak bergantung kepada pemimpin yang petah berbicara semata-mata.
"Rakyat memerlukan pemimpin yang berkata, kata-katanya menjadi pegangan; apabila berjanji, janjinya menjadi kenyataan dan apabila memegang amanah, amanah itu dipikul sehingga selesai.
"Hari ini, terlalu banyak suara yang bergema di pentas ceramah dan media, namun tidak semua gema membawa makna.
"Ada yang lantang ketika memohon kepercayaan, tetapi perlahan apabila tiba waktu untuk menunaikan tanggungjawab.
"Ada yang begitu murah menabur janji, seolah-olah janji itu tidak mempunyai harga yang perlu dibayar," titah baginda.
Dalam titah sama, Al-Sultan Abdullah turut menegur segelintir pihak yang menjadikan pendirian seolah-olah pakaian yang boleh ditukar mengikut musim.
Baginda bertitah, golongan seperti itu menabur kata-kata indah seumpama bunga di hadapan satu kelompok namun menggunakan perkara sama sebagai duri apabila berdepan kelompok lain.
"Hakikatnya, rakyat bukan lagi membaca apa yang tertulis atas kertas, rakyat membaca watak di sebalik kata-kata; rakyat tidak menilai seindah mana pidato disusun, tapi sejauh mana amanah ditunaikan," titahnya.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah bertitah agar pihak berkuasa bertindak dengan tegas, bijaksana dan berhemah dalam hal berkaitan kumpulan tertentu yang pada asalnya diterima atas dasar kemanusiaan.
"Islam mengajar kita untuk berlaku ihsan terhadap mereka yang ditimpa musibah kehilangan tanah air serta menjadi mangsa peperangan dan penindasan.
"Namun, rahmah yang dianjurkan agama tidak bererti kita mengabaikan kedaulatan negara atau melangkaui batas ditetapkan undang-undang.
"Kebelakangan ini, rakyat makin gusar melihat golongan tertentu yang asalnya diterima atas dasar kemanusiaan, kini semakin berani mengemukakan pelbagai tuntutan yang tidak selari dengan kedudukan mereka di negara ini.
"Jangan sampai biduk yang ditumpangkan akhirnya mahu menentukan haluan nakhoda, jangan sampai kerana terlalu murah hati, tuan rumah pula dipersoalkan haknya di rumah sendiri," titah baginda. #malaysiakini
Demikianlah Artikel Sultan Pahang Tegur Pemimpin Tukar Pendirian Ikut Musim, Pelarian Masuk Atas Dasar Kemanusian Kini Berani Kemuka Pelbagai Tuntutan
Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Tegur Pemimpin Tukar Pendirian Ikut Musim, Pelarian Masuk Atas Dasar Kemanusian Kini Berani Kemuka Pelbagai Tuntutan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/sultan-pahang-tegur-pemimpin-tukar.html

0 Response to "Sultan Pahang Tegur Pemimpin Tukar Pendirian Ikut Musim, Pelarian Masuk Atas Dasar Kemanusian Kini Berani Kemuka Pelbagai Tuntutan"
Catat Ulasan