Loading...

Gabungan Aktivis NGO Rakyat Pahang Persoal Kelulusan Segera 'Tapping Right' Kelapa Sawit 18,658.92 Ekar Hutan Simpan Kekal Dikaitkan Dengan Bekas Calon Parlimen Raub PRU-15

Loading...
Gabungan Aktivis NGO Rakyat Pahang Persoal Kelulusan Segera 'Tapping Right' Kelapa Sawit 18,658.92 Ekar Hutan Simpan Kekal Dikaitkan Dengan Bekas Calon Parlimen Raub PRU-15 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gabungan Aktivis NGO Rakyat Pahang Persoal Kelulusan Segera 'Tapping Right' Kelapa Sawit 18,658.92 Ekar Hutan Simpan Kekal Dikaitkan Dengan Bekas Calon Parlimen Raub PRU-15 , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gabungan Aktivis NGO Rakyat Pahang Persoal Kelulusan Segera 'Tapping Right' Kelapa Sawit 18,658.92 Ekar Hutan Simpan Kekal Dikaitkan Dengan Bekas Calon Parlimen Raub PRU-15
link : Gabungan Aktivis NGO Rakyat Pahang Persoal Kelulusan Segera 'Tapping Right' Kelapa Sawit 18,658.92 Ekar Hutan Simpan Kekal Dikaitkan Dengan Bekas Calon Parlimen Raub PRU-15

Baca juga


Gabungan Aktivis NGO Rakyat Pahang Persoal Kelulusan Segera 'Tapping Right' Kelapa Sawit 18,658.92 Ekar Hutan Simpan Kekal Dikaitkan Dengan Bekas Calon Parlimen Raub PRU-15


KUANTAN: Satu pendedahan mengejutkan dibuat oleh Gabungan Aktivis NGO Rakyat Pahang kini menggegarkan negeri iju apabila sebuah syarikat yang dikaitkan dengan bekas calon pembangkang bagi kerusi Parlimen Raub PRU15 lalu didakwa menerima kelulusan projek Tapping Right kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) seluas 18,658.92 ekar

Keputusan ini disifatkan luar biasa dan hampir menyamai 30% keluasan Kuala Lumpur.

Apa yang membuatkan rakyat semakin panas bukan sekadar saiz projek itu. Tetapi cara dan kelajuan ia diluluskan.

Menurut sumber NGO terbabit, disaat ribuan rakyat Pahang masih menunggu bertahun-tahun untuk permohonan tanah, lesen dan peluang ekonomi, sebuah syarikat yang didakwa baru setahun jagung beroperasi tiba-tiba muncul menerima kawasan mega bernilai tinggi.

"Syarikat terbabit, Advergen Marketing Sdn. Bhd, dikaitkan dengan Norkhairul Anuar Mohamed Nor, iaitu bekas calon Parti Gerakan Tanah Air (GTA-Pejuang) bagi kerusi Parlimen Raub.

"Semakan menunjukkan beliau hanya menyertai syarikat itu dalam tempoh singkat sebelum kelulusan dikeluarkan.

"Dan di sinilah persoalan besar mula timbul. Apa sebenarnya kelebihan syarikat ini sehingga layak memintas ramai pemain industri lain?", kata kenyataan sumber itu lagi.

Sementara itu rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat terbabut baru beroperasi lebih setahun dan hanya mempunyai dua pengarah dan didakwa tidak mempunyai rekod prestasi kukuh dalam pengurusan projek berskala besar.

Lebih memeranjatkan, semakan di alamat berdaftar syarikat juga didakwa mendapati operasi syarikat itu tidak kelihatan aktif.

Namun begitu, bagaimana syarikat ini berjaya memperoleh laluan pantas untuk mendapat kelulusan berkenaan?.

"Difahamkan pada 6 Mei 2026, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (MMK) memberi lampu hijau.

"Dan pada 4 Jun 2026, surat kelulusan rasmi pula dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

"Keseluruhan proses hanya sekitar tiga bulan. Cepat, terlalu cepat dan itulah yang kini menjadi bahan pertikaian", dakwa sumber itu.

Pihak terbabut juga menyifatkan keadaan ini sebagai satu bentuk keputusan yang wajib diperjelaskan secara terbuka kerana melibatkan aset negeri, hasil bumi, dan masa depan sumber hutan.

"Lebih membimbangkan, keputusan ini didakwa berpotensi mewujudkan penguasaan eksklusif terhadap hasil sawit dalam kawasan hutan simpan yang boleh memberi kelebihan besar kepada pihak tertentu.

"Mengapa syarikat baharu diberi ruang begitu luas, sedangkan ramai kontraktor tempatan yang lebih lama, lebih berpengalaman dan lebih kukuh kewangan masih menunggu?", dakwa sumber itu lagi.

Persoalannya mengapa GLC negeri diketepikan? Mengapa rakyat yang telah lama memohon tidak diberikan peluang sama?

Dan paling penting adakah semua prosedur penilaian keupayaan, kewangan, pengalaman serta kepentingan awam benar-benar dipatuhi?.

 "Rakyat berhak tahu, kerana apabila melibatkan ribuan ekar hutan simpan, ia bukan lagi soal syarikat. Ia soal integriti pentadbiran negeri. Ia soal keadilan kepada rakyat.

"Ia soal siapa sebenarnya yang mendapat manfaat terbesar daripada keputusan ini", dakwa sumber berkenaan.

Susulan itu, NGO terbabit mengumumkan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta siasatan bebas dan telus dijalankan.

Mereka juga akan menghantar memorandum bantahan kepada Istana Pahang supaya keseluruhan keputusan ini dinilai semula.

Kerana satu perkara kini semakin jelas bila kelulusan terlalu mudah untuk segelintir, rakyat pasti akan mula bertanya… apa yang sebenarnya sedang berlaku di belakang tabir? tambahnya lagi. #mediakeadilan



Demikianlah Artikel Gabungan Aktivis NGO Rakyat Pahang Persoal Kelulusan Segera 'Tapping Right' Kelapa Sawit 18,658.92 Ekar Hutan Simpan Kekal Dikaitkan Dengan Bekas Calon Parlimen Raub PRU-15

Sekianlah artikel Gabungan Aktivis NGO Rakyat Pahang Persoal Kelulusan Segera 'Tapping Right' Kelapa Sawit 18,658.92 Ekar Hutan Simpan Kekal Dikaitkan Dengan Bekas Calon Parlimen Raub PRU-15 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gabungan Aktivis NGO Rakyat Pahang Persoal Kelulusan Segera 'Tapping Right' Kelapa Sawit 18,658.92 Ekar Hutan Simpan Kekal Dikaitkan Dengan Bekas Calon Parlimen Raub PRU-15 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/07/gabungan-aktivis-ngo-rakyat-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Gabungan Aktivis NGO Rakyat Pahang Persoal Kelulusan Segera 'Tapping Right' Kelapa Sawit 18,658.92 Ekar Hutan Simpan Kekal Dikaitkan Dengan Bekas Calon Parlimen Raub PRU-15 "

Catat Ulasan

Loading...