Loading...

Isu Tanah Orang Asli Kampung Sungai Cot: PM Tidak Pernah Berdiam Diri, Kerajaan Pahang Perlu Segera Selesaikan Masalah Tersebut

Loading...
Isu Tanah Orang Asli Kampung Sungai Cot: PM Tidak Pernah Berdiam Diri, Kerajaan Pahang Perlu Segera Selesaikan Masalah Tersebut - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Tanah Orang Asli Kampung Sungai Cot: PM Tidak Pernah Berdiam Diri, Kerajaan Pahang Perlu Segera Selesaikan Masalah Tersebut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Tanah Orang Asli Kampung Sungai Cot: PM Tidak Pernah Berdiam Diri, Kerajaan Pahang Perlu Segera Selesaikan Masalah Tersebut
link : Isu Tanah Orang Asli Kampung Sungai Cot: PM Tidak Pernah Berdiam Diri, Kerajaan Pahang Perlu Segera Selesaikan Masalah Tersebut

Baca juga


Isu Tanah Orang Asli Kampung Sungai Cot: PM Tidak Pernah Berdiam Diri, Kerajaan Pahang Perlu Segera Selesaikan Masalah Tersebut

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah berdiam diri berhubung pertikaian tanah di Kampung Sungai Cot, Negeri Pahang.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Muhammad Kamil berkata, Perdana Menteri akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dengan mengangkat isu ini kepada Kerajaan Negeri agar penyelesaian dapat dicapai segera secara adil, berhemah dan berlandaskan undang-undang.

Menurutnya, perkara tersebut akan dibawa ke perhatian Kerajaan Negeri Pahang memandangkan urusan pentadbiran dan pemilikan tanah berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Dalam keghairahan segelintir pihak meraih keuntungan politik, janganlah fakta serta prinsip Perlembagaan diputarbelitkan sehingga mengelirukan rakyat.

"Mengaburkan batas bidang kuasa bukan sahaja tidak membantu masyarakat Orang Asli, malah hanya akan melambatkan usaha mencari penyelesaian yang adil dan tuntas.

"Justeru, Kerajaan Negeri Pahang diseru agar tidak lagi berlengah dan segera melaksanakan tanggungjawab di bawah bidang kuasanya," katanya.

Sebelum ini, isu pertikaian tanah di Kampung Sungai Cot mendapat perhatian selepas tular video seorang wanita Orang Asli bersama anaknya memohon bantuan untuk bertemu Perdana Menteri berhubung penahanan suaminya yang dikaitkan pertikaian tanah di kawasan berkenaan.

Muhammad Kamil menegaskan bahawa Perdana Menteri telah mengambil maklum akan perkara yang dibangkitkan dan segera menghubungi wakil masyarakat Orang Asli bagi mendengar sendiri permasalahan yang mereka hadapi.

Jelasnya, bagaimanapun, Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada Kerajaan Negeri dalam urusan tanah.

"Hak serta kebajikan masyarakat Orang Asli tidak boleh terus terkesan akibat kelewatan membuat keputusan.

"Mereka berhak memperoleh penyelesaian yang adil, bermaruah dan tanpa penangguhan," katanya. #sinarharian



Demikianlah Artikel Isu Tanah Orang Asli Kampung Sungai Cot: PM Tidak Pernah Berdiam Diri, Kerajaan Pahang Perlu Segera Selesaikan Masalah Tersebut

Sekianlah artikel Isu Tanah Orang Asli Kampung Sungai Cot: PM Tidak Pernah Berdiam Diri, Kerajaan Pahang Perlu Segera Selesaikan Masalah Tersebut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Tanah Orang Asli Kampung Sungai Cot: PM Tidak Pernah Berdiam Diri, Kerajaan Pahang Perlu Segera Selesaikan Masalah Tersebut dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/07/isu-tanah-orang-asli-kampung-sungai-cot.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu Tanah Orang Asli Kampung Sungai Cot: PM Tidak Pernah Berdiam Diri, Kerajaan Pahang Perlu Segera Selesaikan Masalah Tersebut"

Catat Ulasan

Loading...