Loading...

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Tangkap Empat Ekor Gajah Liar Di Hutan Kampung Paya Rambutan

Loading...
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Tangkap Empat Ekor Gajah Liar Di Hutan Kampung Paya Rambutan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Tangkap Empat Ekor Gajah Liar Di Hutan Kampung Paya Rambutan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Tangkap Empat Ekor Gajah Liar Di Hutan Kampung Paya Rambutan
link : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Tangkap Empat Ekor Gajah Liar Di Hutan Kampung Paya Rambutan

Baca juga


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Tangkap Empat Ekor Gajah Liar Di Hutan Kampung Paya Rambutan

KUANTAN: Unit Tangkapan Gajah (UTG) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang menangkap empat ekor gajah liar di kawasan hutan Kampung Paya Rambutan dekat Paya Bungor, di sini, semalam.

Kumpulan haiwan berkenaan bergerak dalam satu kumpulan antara lapan hingga sepuluh ekor menceroboh kawasan terbabit untuk mencari makan, selain kelapa sawit turut musnah kebun pisang penduduk setempat.

Pengarah PERHILITAN Pahang, Yusoff Shariff berkata, operasi menangkap haiwan liar terbabit dilakukan bermula kelmarin selepas mendapat aduan penduduk setempat kemunculan kumpulan gajah terbabit yang menceroboh kawasan ladang kelapa sawit.

Menurutnya, tujuh anggota UTG dan PERHILITAN Maran segera ke lokasi dan berjaya menangkap seekor gajah dan semalam pasukan berkenaan menangkap tiga lagi haiwan liar berkenaan membabitkan tiga betina dan seekor jantan.

Katanya, tiga gajah betina yang ditangkap itu berusia antara 16 hingga 18 tahun dan seekor gajah jantan berusia antara enam hingga tujuh tahun. Haiwan terbabit bergerak dalam satu kumpulan dan dipercayai sering menceroboh kawasan hutan di Kampung Paya Rambutan dan sekitarnya.

"Kita belum memutuskan lagi sama ada untuk menangkap semua gajah di kawasan itu, sekiranya haiwan terbabit masih berkeliaran di situ menunggu empat rakannya yang ditangkap kemungkinan operasi menangkapnya akan dilakukan. Saya jangkakan gajah yang bebas itu akan masuk ke hutan berhampiran.

"Beberapa faktor lain perlu diambil kira sebelum operasi menangkap gajah liar di kawasan Kampung Paya Rambutan dapat dilakukan, sebagai contoh kawasan terbabit terdapat banyak tasik yang boleh mengancam nyawa haiwan liar berkenaan," katanya dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, nasihat pada pekebun termasuk penduduk setempat jangan bertindak sendiri sekiranya kebun mereka dimasuki kumpulan gajah liar, haiwan terbabit akan bertindak agresif sekiranya diancam. Segera hubungi PERHILITAN untuk tindakan menghalau dan pemantauan.

Yusoff berkata, sebelum ini pihaknya telah memasang pagar elektrik gajah mudah alih di kawasan Kampung Paya Rambutan bagi menghalang haiwan liar terbabit terus menerus menceroboh kebun pisang dan ladang kelapa sawit penduduk.

Operasi memindahkan empat haiwan liar terbabit ke habitat asal akan dilakukan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, Temerloh dalam masa terdekat selepas pasukan terbabit selesai operasi memindahkan gajah liar di Gerik, Perak.

Pekebun, Jamsari Mohammad, 60, serangan kumpulan gajah liar di kawasan Kampung Paya Rambutan menjadi semakin serius sejak tahun lalu dan berlarutan hingga kini, pelbagai usaha dilakukan untuk menghalang haiwan berkenaan daripada terus menerus memusnahkan pokok kelapa sawit namun tidak berkesan.

Katanya, impian meraih pendapatan tambahan setiap bulan hasil komoditi berkenaan tidak menjadi kenyataan, sebaliknya kerugian lebih RM70,000 terpaksa ditanggung sejak projek pertanian itu dimulakan lima tahun lalu.

"Sebelum ini kumpulan haiwan terbabit menghuni Hutan Simpan Remen Chereh sebelum beralih ke Hutan Simpan Berkelah sejak beberapa tahun lalu selepas kawasan hutan diteroka menjadi ladang sawit.

"Kejayaan PERHILITAN menangkap empat ekor gajah diharap dapat mengatasi ancaman hidupan liar itu seterusnya mampu menjayakan projek tanaman sawit dan kebun pisang penduduk setempat," katanya berharap episod ancaman gajah liar di Kampung Paya Rambutan selepas ini tidak berlaku lagi. #harianmetro



Demikianlah Artikel Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Tangkap Empat Ekor Gajah Liar Di Hutan Kampung Paya Rambutan

Sekianlah artikel Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Tangkap Empat Ekor Gajah Liar Di Hutan Kampung Paya Rambutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Tangkap Empat Ekor Gajah Liar Di Hutan Kampung Paya Rambutan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/07/jabatan-perlindungan-hidupan-liar-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Tangkap Empat Ekor Gajah Liar Di Hutan Kampung Paya Rambutan"

Catat Ulasan

Loading...