Kemalangan Di Bentong: Empat Mangsa Layak Menerima Faedah Skim LINDUNG 24 Jam Dan Keilatan Di Bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) - Hallo sahabat
MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kemalangan Di Bentong: Empat Mangsa Layak Menerima Faedah Skim LINDUNG 24 Jam Dan Keilatan Di Bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel budaya,
Artikel ekonomi,
Artikel information,
Artikel jawatan kosong,
Artikel perniagaan,
Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Kemalangan Di Bentong: Empat Mangsa Layak Menerima Faedah Skim LINDUNG 24 Jam Dan Keilatan Di Bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) link :
Kemalangan Di Bentong: Empat Mangsa Layak Menerima Faedah Skim LINDUNG 24 Jam Dan Keilatan Di Bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)
Baca juga
Kemalangan Di Bentong: Empat Mangsa Layak Menerima Faedah Skim LINDUNG 24 Jam Dan Keilatan Di Bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)
KUALA LUMPUR: Empat daripada mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jalan Karak Lama, Bentong, pada 25 Julai lalu layak menerima pelbagai faedah di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
PERKESO dalam kenyataan hari ini memaklumkan mangsa yang layak ialah V Mugilan, A Kanabati Raja, K Alaganathan dan M Parathanman.
Menurut PERKESO, empat mangsa terbabit yang juga pencarum aktif layak menerima faedah menerusi Skim LINDUNG 24 Jam dan Skim Keilatan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Menurut PERKESO, empat mangsa terbabit yang juga pencarum aktif layak menerima faedah menerusi Skim LINDUNG 24 Jam dan Skim Keilatan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Waris setiap mangsa turut layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM3,000 secara sekali bayar.
Selain itu, waris mendiang Mugilan layak menerima Faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan berjumlah RM562.50 mengikut syer masing-masing, dengan isteri menerima bayaran untuk sepanjang hayat dan anaknya berusia dua tahun akan menerima faedah berkenaan hingga berusia 21 tahun atau tamat ijazah pertama.
Mendiang Alaganathan juga layak menerima manfaat sama berjumlah RM564.36, yang akan dibayar kepada ibu bapa sepanjang hayat dan adik beradiknya akan menerima manfaat sama hingga berumur 21 tahun," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, waris keluarga mendiang Kanabati Raja dan Parathanman disahkan layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) di bawah Skim LINDUNG 24 Jam.
Menurut PERKESO, keputusan mereka yang memilih untuk dilindungi di bawah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau LINDUNG 24 Jam ternyata memberi sinar kelegaan apabila waris kini tidak terbeban bersendirian.
"Ibu bapa mendiang Kanabati Raja akan menerima faedah itu sepanjang hayat, manakala sekiranya adik-beradik mendiang belum berumur 21 tahun, mereka juga layak menerima faedah berkenaan berjumlah RM1,647.
"Begitu juga dengan waris mendiang Parathanman yang layak menerima faedah itu; ibu bapa dan adik beradiknya akan menerima FOT bulanan sebanyak RM891," menurut kenyataan itu.
PERKESO memaklumkan jika dihitung untuk tempoh jangka panjang bagi sekurang kurangnya 30 tahun akan datang, jumlah keseluruhan FOT yang akan disalurkan kepada waris adalah lebih RM900,000, dan bayaran faedah ini akan diterima keluarga waris setiap bulan untuk menyara kelangsungan hidup sepanjang hayat.
Pada masa yang sama, PERKESO memaklumkan semakan mendapati tiga lagi mangsa tidak mempunyai rekod caruman aktif, manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang rekod caruman, sekali gus menyebabkan mereka tidak layak menerima faedah di bawah syarat Akta 4.
Menurut PERKESO, tragedi seperti itu bukan sahaja meragut nyawa, malah menyebabkan keluarga kehilangan tempat bergantung, punca pendapatan dan masa depan yang berubah sekelip mata, justeru perlindungan menyeluruh menerusi LINDUNG 24 Jam diwujudkan bagi memastikan waris tidak terbiar sekiranya kemalangan berlaku di luar waktu bekerja.
"Penekanan yang lebih kuat terhadap aspek LINDUNG 24 Jam ini bukan sahaja menutup kelompangan perlindungan sedia ada, malah menjadi perisai ampuh yang memayungi laluan penuh berliku anak-anak serta keluarga pencarum agar kelangsungan hidup, pendidikan, dan maruah mereka terus terjamin.
"Keselamatan sosial sememangnya tidak mampu menghapuskan kesedihan akibat kehilangan orang tersayang, namun ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga selepas sesuatu tragedi," menurut PERKESO.
Sehubungan dengan itu, PERKESO mengingatkan semua pekerja dan majikan supaya memastikan caruman keselamatan sosial sentiasa dikemas kini agar hak perlindungan dapat dinikmati apabila diperlukan, selain menyeru semua pengguna jalan raya mengutamakan keselamatan serta mematuhi undang-undang. #harianmetro
Demikianlah Artikel Kemalangan Di Bentong: Empat Mangsa Layak Menerima Faedah Skim LINDUNG 24 Jam Dan Keilatan Di Bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)
Sekianlah artikel Kemalangan Di Bentong: Empat Mangsa Layak Menerima Faedah Skim LINDUNG 24 Jam Dan Keilatan Di Bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kemalangan Di Bentong: Empat Mangsa Layak Menerima Faedah Skim LINDUNG 24 Jam Dan Keilatan Di Bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/07/kemalangan-di-bentong-empat-mangsa.html
0 Response to "Kemalangan Di Bentong: Empat Mangsa Layak Menerima Faedah Skim LINDUNG 24 Jam Dan Keilatan Di Bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) "
Catat Ulasan