Loading...

Pahang Catat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sebanyak RM71 Bilion Tahun 2025 Berbanding RM68.8 Bilion Tahun Sebelumnya

Loading...
Pahang Catat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sebanyak RM71 Bilion Tahun 2025 Berbanding RM68.8 Bilion Tahun Sebelumnya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Catat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sebanyak RM71 Bilion Tahun 2025 Berbanding RM68.8 Bilion Tahun Sebelumnya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Catat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sebanyak RM71 Bilion Tahun 2025 Berbanding RM68.8 Bilion Tahun Sebelumnya
link : Pahang Catat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sebanyak RM71 Bilion Tahun 2025 Berbanding RM68.8 Bilion Tahun Sebelumnya

Baca juga


Pahang Catat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sebanyak RM71 Bilion Tahun 2025 Berbanding RM68.8 Bilion Tahun Sebelumnya

KUANTAN: Pahang mencatat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM71 bilion pada tahun 2025 berbanding RM68.8 bilion pada tahun sebelumnya.

Perkembangan itu berdasarkan Laporan KDNK Mengikut Negeri 2025 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Rabu.

Laporan berkenaan menunjukkan ekonomi Pahang berkembang 3.2 peratus dengan menyumbang 4.1 peratus kepada KDNK Malaysia, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai antara penyumbang penting kepada ekonomi negara.

Sektor perkhidmatan kekal menjadi pemacu utama ekonomi negeri dengan mencatatkan pertumbuhan lima peratus, sama seperti tahun lalu.

Prestasi sektor tersebut didorong oleh perkembangan kukuh subsektor perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan, selain perkhidmatan kerajaan.

Sementara itu, sektor pembuatan berkembang 1.4 peratus dipacu oleh subsektor produk petroleum, kimia, getah dan plastik yang merupakan penyumbang terbesar kepada sektor berkenaan dengan pertumbuhan sederhana 1.1 peratus.

Pada masa sama, sektor pertanian turut merekodkan pertumbuhan positif sebanyak 2.7 peratus dengan subsektor tanaman sebagai penyumbang utama.

Bagaimanapun, sektor pembinaan menguncup 5.3 peratus selepas berkembang 8.6 peratus pada 2024 berikutan kemerosotan ketara dalam subsektor kejuruteraan awam yang susut 28.3 peratus.

Dalam satu hantaran yang dikongsikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang pada Khamis, prestasi itu mencerminkan daya tahan ekonomi negeri dalam berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Menurut kenyataan itu, sektor perkhidmatan, pembinaan, pembuatan, perlombongan dan pengkuarian serta pertanian terus menjadi pemacu kepada aktiviti ekonomi negeri.

"Kerajaan Negeri Pahang akan terus memperkukuh momentum pertumbuhan melalui pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Pahang 2030 (PET30) yang memberi fokus kepada pelaburan berkualiti, pembangunan industri bernilai tinggi, peningkatan produktiviti dan penciptaan peluang ekonomi baharu bagi memastikan kemakmuran negeri dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat," katanya. #sinarharian



Demikianlah Artikel Pahang Catat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sebanyak RM71 Bilion Tahun 2025 Berbanding RM68.8 Bilion Tahun Sebelumnya

Sekianlah artikel Pahang Catat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sebanyak RM71 Bilion Tahun 2025 Berbanding RM68.8 Bilion Tahun Sebelumnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Catat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sebanyak RM71 Bilion Tahun 2025 Berbanding RM68.8 Bilion Tahun Sebelumnya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/07/pahang-catat-keluaran-dalam-negeri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pahang Catat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sebanyak RM71 Bilion Tahun 2025 Berbanding RM68.8 Bilion Tahun Sebelumnya"

Catat Ulasan

Loading...