Judul : Shahaniza: UMNO Pahang Berpandangan Isu Tanah Membabitkan Masyarakat Orang Asli Tidak Wajar Dipolitikkan Atau Dimanipulasi
link : Shahaniza: UMNO Pahang Berpandangan Isu Tanah Membabitkan Masyarakat Orang Asli Tidak Wajar Dipolitikkan Atau Dimanipulasi
Shahaniza: UMNO Pahang Berpandangan Isu Tanah Membabitkan Masyarakat Orang Asli Tidak Wajar Dipolitikkan Atau Dimanipulasi
KUANTAN: UMNO Pahang berpandangan isu membabitkan masyarakat Orang Asli tidak wajar dipolitikkan atau dimanipulasi bagi meraih perhatian serta keuntungan politik.
Ketua Penerangan UMNO Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, berkata kebajikan, hak dan masa depan masyarakat Orang Asli adalah perkara yang mesti ditangani secara bertanggungjawab, bukan melalui persepsi, emosi atau maklumat yang tidak lengkap.
Katanya, rekod kerajaan negeri membuktikan bahawa komitmen terhadap masyarakat Orang Asli bukanlah bersifat bermusim, malah dilaksanakan secara konsisten melalui pelbagai dasar dan inisiatif termasuk pewartaan tanah rizab Orang Asli.
"Selain itu pemberian hak milik tanah, pembinaan Rumah Rakyat Pahang Orang Asli, bantuan pendidikan, bantuan kebajikan serta pelaksanaan pelbagai program pembangunan sosioekonomi menerusi Pahang Orang Asli Corporation (ORACO)," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dalam isu pertikaian tanah yang dikaitkan dengan masyarakat Orang Asli di Kampung Cot, Mukim Luit, Maran, Shahaniza berkata, kerajaan negeri juga tidak pernah menutup ruang perbincangan.
Sebaliknya, katanya, pelbagai siri libat urus diadakan bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Pejabat Daerah dan Tanah serta pihak-pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian terbaik yang menghormati undang-undang serta menjaga kebajikan individu yang terbabit.
"Sebagai parti yang menjadi tunjang kerajaan negeri, UMNO Pahang menyeru semua pihak agar menghormati proses yang sedang berjalan dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat atau membangkitkan sentimen yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum.
"Pada masa sama, UMNO Pahang berharap usaha mencari jalan penyelesaian yang adil akan terus diperkasakan melalui pendekatan musyawarah, ihsan dan semangat muafakat tanpa mengabaikan prinsip kedaulatan undang-undang.
"Kita yakin di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri akan terus mengimbangi antara pembangunan, pemeliharaan hak masyarakat Orang Asli serta kepentingan semua pihak secara adil dan bertanggungjawab.
"Marilah kita bersama-sama mengutamakan fakta, menghormati institusi serta memberi ruang kepada agensi-agensi berkaitan menyelesaikan perkara ini secara profesional demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Pahang," katanya.
Isu pertikaian tanah di Kampung Sungai Cot mendapat perhatian selepas tular video seorang wanita Orang Asli bersama anaknya memohon bantuan untuk bertemu Perdana Menteri berhubung penahanan suaminya yang dikaitkan pertikaian tanah di kawasan berkenaan.
Pertikaian itu dipercayai membabitkan tanah diusahakan penduduk Orang Asli, namun kawasan berkenaan dilaporkan mempunyai hak milik berdaftar atas nama sebuah syarikat.
Susulan pertikaian itu, tiga penduduk Orang Asli dilaporkan ditahan polis bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan. #beritaharian
Demikianlah Artikel Shahaniza: UMNO Pahang Berpandangan Isu Tanah Membabitkan Masyarakat Orang Asli Tidak Wajar Dipolitikkan Atau Dimanipulasi
Anda sekarang membaca artikel Shahaniza: UMNO Pahang Berpandangan Isu Tanah Membabitkan Masyarakat Orang Asli Tidak Wajar Dipolitikkan Atau Dimanipulasi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/07/shahaniza-umno-pahang-berpandangan-isu.html

0 Response to "Shahaniza: UMNO Pahang Berpandangan Isu Tanah Membabitkan Masyarakat Orang Asli Tidak Wajar Dipolitikkan Atau Dimanipulasi"
Catat Ulasan