Loading...

Sultan Pahang Titah Kerajaan Negeri Teliti Tubuh Pusat Pentadbiran Dan Perkhidmatan Islam Pahang (PPIP) Sebagai Pusat Sehenti

Loading...
Sultan Pahang Titah Kerajaan Negeri Teliti Tubuh Pusat Pentadbiran Dan Perkhidmatan Islam Pahang (PPIP) Sebagai Pusat Sehenti - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Pahang Titah Kerajaan Negeri Teliti Tubuh Pusat Pentadbiran Dan Perkhidmatan Islam Pahang (PPIP) Sebagai Pusat Sehenti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Pahang Titah Kerajaan Negeri Teliti Tubuh Pusat Pentadbiran Dan Perkhidmatan Islam Pahang (PPIP) Sebagai Pusat Sehenti
link : Sultan Pahang Titah Kerajaan Negeri Teliti Tubuh Pusat Pentadbiran Dan Perkhidmatan Islam Pahang (PPIP) Sebagai Pusat Sehenti

Baca juga


Sultan Pahang Titah Kerajaan Negeri Teliti Tubuh Pusat Pentadbiran Dan Perkhidmatan Islam Pahang (PPIP) Sebagai Pusat Sehenti

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kerajaan negeri meneliti pewujudan Pusat Pentadbiran dan Perkhidmatan Islam Pahang (PPIP) sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan agensi-agensi hal ehwal Islam di bawah satu bumbung.

Titah baginda, inisiatif itu diyakini mampu memperkukuh penyelarasan antara agensi, memudahkan akses rakyat kepada pelbagai perkhidmatan Islam serta mewujudkan sistem penyampaian yang lebih cekap, pantas dan bersepadu selaras dengan aspirasi pembangunan Negeri Pahang.

“Sesebuah institusi diukur melalui keupayaannya menyampaikan perkhidmatan yang cekap, responsif dan berorientasikan rakyat. Namun, hal ehwal Islam di negeri Pahang masih dilaksanakan di beberapa lokasi berasingan sekaligus menyukarkan rakyat mendapatkan perkhidmatan secara menyeluruh.

“Sudah tiba masanya sistem penyampaian perkhidmatan ini ditransformasikan melalui pendekatan yang lebih bersepadu dan menyeluruh,” titahnya menerusi laman Facebook Kesultanan Pahang.

Al-Sultan Abdullah dilaporkan bertitah demikian ketika berkenan bercemar duli berangkat mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Kali Ke-199 di sini, hari ini.

Turut berangkat ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hadir sama ialah Timbalan Yang Dipertua MUIP, Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain.

Sementara itu dalam titah sama, baginda mengingatkan bahawa MUIP memikul amanah besar dalam menerajui serta menjadi penasihat kepada baginda dalam pentadbiran hal ehwal Islam di negeri ini.

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menegaskan setiap keputusan hendaklah berteraskan Maqasid Syariah, dipandu oleh hikmah serta sentiasa mengutamakan maslahah ummah dan kepentingan agama.

Baginda dalam masa sama turut menzahirkan penghargaan kepada MUIP serta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atas kejayaan melaksanakan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dalam pengurusan masjid dengan bimbingan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

“Inisiatif ini merupakan satu anjakan penting dalam memperkukuh budaya kecemerlangan organisasi, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan serta membuktikan bahawa kerjasama strategik antara agensi mampu menghasilkan reformasi yang memberi manfaat kepada umat Islam.

“Saya berharap inisiatif ini akan diperluaskan secara sistematik ke seluruh ekosistem perkhidmatan hal ehwal Islam. Setiap proses kerja hendaklah sentiasa dinilai, dipermudah dan ditransformasikan agar penyampaian perkhidmatan menjadi lebih cekap, responsif dan berorientasikan keperluan rakyat,” titahnya lagi. #malaysiagazette



Demikianlah Artikel Sultan Pahang Titah Kerajaan Negeri Teliti Tubuh Pusat Pentadbiran Dan Perkhidmatan Islam Pahang (PPIP) Sebagai Pusat Sehenti

Sekianlah artikel Sultan Pahang Titah Kerajaan Negeri Teliti Tubuh Pusat Pentadbiran Dan Perkhidmatan Islam Pahang (PPIP) Sebagai Pusat Sehenti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Titah Kerajaan Negeri Teliti Tubuh Pusat Pentadbiran Dan Perkhidmatan Islam Pahang (PPIP) Sebagai Pusat Sehenti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/07/sultan-pahang-titah-kerajaan-negeri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sultan Pahang Titah Kerajaan Negeri Teliti Tubuh Pusat Pentadbiran Dan Perkhidmatan Islam Pahang (PPIP) Sebagai Pusat Sehenti"

Catat Ulasan

Loading...