Loading...

Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

Loading...
Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh
link : Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

Baca juga


Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh


MARAN: Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Temerloh, berhampiran Kampung Paya Pasir, di sini, awal pagi hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.02 pagi dan kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 5.40 pagi.

Beliau berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dinaiki dua wanita dan sebuah MPV yang dinaiki tiga lelaki.

"Kereta itu dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Maran, manakala MPV dari arah bertentangan.

Kedua-dua kenderaan dipercayai bertembung, menyebabkan pemandu dan penumpang kereta serta seorang penumpang MPV maut di tempat kejadian.

"Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu dan seorang lagi penumpang MPV cedera," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Salahuddin berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati tiga mangsa tersepit di dalam kedua-dua kenderaan terbabit.

"Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas menyelamat sebelum semua mangsa berjaya dibawa keluar," katanya.

Beliau berkata, identiti semua mangsa yang maut masih belum dikenal pasti.

"Semua mayat dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, untuk proses bedah siasat," katanya. #beritaharian 



Demikianlah Artikel Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh

Sekianlah artikel Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/07/tiga-individu-maut-dua-lagi-parah-nahas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tiga Individu Maut, Dua Lagi Parah Nahas Dua Kenderaan Berhampiran Kampung Paya Pasir, Jalan Maran-Temerloh"

Catat Ulasan

Loading...