Wan Rosdy: Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Yang Telah Difailkan Oleh Berjaya Hills Resort Berhad, Semakan Cukai Tanah Pahang Sah - Hallo sahabat
MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Rosdy: Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Yang Telah Difailkan Oleh Berjaya Hills Resort Berhad, Semakan Cukai Tanah Pahang Sah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel budaya,
Artikel ekonomi,
Artikel information,
Artikel jawatan kosong,
Artikel perniagaan,
Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Wan Rosdy: Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Yang Telah Difailkan Oleh Berjaya Hills Resort Berhad, Semakan Cukai Tanah Pahang Sahlink :
Wan Rosdy: Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Yang Telah Difailkan Oleh Berjaya Hills Resort Berhad, Semakan Cukai Tanah Pahang Sah
Baca juga
Wan Rosdy: Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Yang Telah Difailkan Oleh Berjaya Hills Resort Berhad, Semakan Cukai Tanah Pahang Sah
KUANTAN: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan yang memihak kepada Kerajaan Negeri Pahang apabila sebulat suara menolak lima rayuan yang difailkan Berjaya Hills Resort Berhad dan beberapa pihak lain berhubung semakan kadar cukai tanah di negeri itu.
Keputusan bersejarah itu sekali gus mengesahkan bahawa tindakan Kerajaan Negeri Pahang menyemak kadar cukai tanah adalah sah di sisi undang-undang, selain mengukuhkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memihak kepada kerajaan negeri.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan tersebut membuktikan segala tindakan kerajaan negeri bukan dibuat secara sewenang-wenangnya, sebaliknya berpaksikan kuasa yang diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Negara serta prinsip tadbir urus yang baik.
“Keputusan Mahkamah Rayuan ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah bertindak sewenang-wenangnya dalam melaksanakan dasar pentadbiran.
“Sebaliknya, setiap keputusan dibuat dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan hak dan hasil negeri terus dipelihara demi kepentingan rakyat serta pembangunan negeri selaras Aspirasi Pahang 1st,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Terdahulu, panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ravinthran N. Paramaguru bersama Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin dan Datuk Dr. Choo Kah Sing memutuskan bahawa kuasa menetapkan, menyemak serta meminda kadar cukai tanah merupakan kuasa eksklusif Pihak Berkuasa Negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Negara.
Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri menghormati sepenuhnya proses perundangan dan menyifatkan keputusan itu sebagai pengesahan bahawa setiap dasar yang dilaksanakan dibuat mengikut lunas undang-undang serta bidang kuasa yang sah.
Dalam prosiding sama, mahkamah turut memerintahkan pihak perayu membayar kos sebanyak RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Pahang.
Sebelum itu, kerajaan negeri memohon kos keseluruhan sebanyak RM500,000 bagi lima rayuan berkenaan.
Wan Rosdy turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, pasukan perundangan yang diketuai Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Datuk Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, pegawai-pegawai Pejabat Tanah dan Galian Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Bentong serta semua pihak yang terlibat mempertahankan kepentingan kerajaan negeri sepanjang prosiding tersebut.
Menurutnya, kerajaan negeri akan terus mempertahankan hak-hak Negeri Pahang melalui saluran undang-undang serta memastikan setiap dasar pentadbiran dilaksanakan berlandaskan Perlembagaan, undang-undang dan prinsip integriti.
Tambahnya, keputusan Mahkamah Rayuan itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukan undang-undang Kerajaan Negeri Pahang dalam isu semakan kadar cukai tanah.
Malah katanya, menjadi penanda aras bahawa hak kerajaan negeri dalam mengurus hasil dan pentadbiran tanah terus dipelihara mengikut peruntukan undang-undang negara. #malaysiagazette
Demikianlah Artikel Wan Rosdy: Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Yang Telah Difailkan Oleh Berjaya Hills Resort Berhad, Semakan Cukai Tanah Pahang Sah
Sekianlah artikel Wan Rosdy: Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Yang Telah Difailkan Oleh Berjaya Hills Resort Berhad, Semakan Cukai Tanah Pahang Sah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy: Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Yang Telah Difailkan Oleh Berjaya Hills Resort Berhad, Semakan Cukai Tanah Pahang Sah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/07/wan-rosdy-mahkamah-rayuan-tolak-rayuan.html
0 Response to "Wan Rosdy: Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Yang Telah Difailkan Oleh Berjaya Hills Resort Berhad, Semakan Cukai Tanah Pahang Sah"
Catat Ulasan