Loading...

Ahli Parlimen Bentong Kesal Tindakan Pihak Tidak Bertanggungjawab Rosakkan Patung, Rumah Anutan Haram Di Bukit Tinggi

Loading...
Ahli Parlimen Bentong Kesal Tindakan Pihak Tidak Bertanggungjawab Rosakkan Patung, Rumah Anutan Haram Di Bukit Tinggi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen Bentong Kesal Tindakan Pihak Tidak Bertanggungjawab Rosakkan Patung, Rumah Anutan Haram Di Bukit Tinggi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen Bentong Kesal Tindakan Pihak Tidak Bertanggungjawab Rosakkan Patung, Rumah Anutan Haram Di Bukit Tinggi
link : Ahli Parlimen Bentong Kesal Tindakan Pihak Tidak Bertanggungjawab Rosakkan Patung, Rumah Anutan Haram Di Bukit Tinggi

Baca juga


Ahli Parlimen Bentong Kesal Tindakan Pihak Tidak Bertanggungjawab Rosakkan Patung, Rumah Anutan Haram Di Bukit Tinggi

 

BANGI:  Ahli Parlimen DAP mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme terhadap rumah anutan haram di Bukit Tinggi, Bentong.

‎Young Syefura Othman berkata walaupun rumah anutan berkenaan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) namun perbuatan vandalisme tersebut tidak dapat diterima.

‎“Saya memandang serius kejadian vandalisme patung dan struktur di sebuah rumah anutan bukan Islam yang berlaku di Bukit Tinggi.

‎“Saya difahamkan rumah anutan tersebut tiada kelulusan pembinaan dari PBT dan tiada kelulusan aktiviti oleh Jawatankuasa Rumah Anutan Bukan Islam Negeri Pahang.

‎“Namun tindakan merosakkan mana-mana rumah anutan atau perbuatan vandalisme tidak boleh diterima sama sekali. Ia merupakan satu perbuatan melampau,” katanya.

‎Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas penjelasan Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berhubung insiden tersebut.

‎Azry Akmar berkata pihaknya menerima tiga laporan kelmarin berkaitan struktur patung rumah anutan bukan Islam yang dirosakkan di Bukit Tinggi, Pahang.

‎Katanya, rumah anutan berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi bebas yang melihat insiden tersebut.

‎“Pihak polis memandang serius kejadian ini dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta pihak yang terlibat.

‎“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau maklumat khususnya melalui media sosial yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

‎Young Syefura berkata insiden berkenaan berpotensi menggugat keharmonian serta ketenteraman masyarakat pelbagai kaum khususnya di Bentong.

‎Katanya, orang ramai digesa tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat tidak sahih atau mengambil tindakan sendiri yang boleh menimbulkan ketegangan awam.

‎“Saya percaya, pihak polis sedang menjalankan siasatan secara mendalam dan teliti bagi mengenal pasti serta menangkap mana-mana pihak yang bertanggungjawab di sebalik insiden ini.

‎“Bulan kebangsaan adalah bulan yang bermakna dan istimewa untuk semua rakyat Malaysia. Kepelbagaian budaya, agama dan latar belakang adalah kekuatan terbesar kita.

‎“Perpaduan yang kita nikmati hari ini perlu terus dijaga dengan sikap saling memahami dan mengelakkan sebarang anasir yang boleh memecah-belahkan,” katanya. #TVPertiwi



Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Bentong Kesal Tindakan Pihak Tidak Bertanggungjawab Rosakkan Patung, Rumah Anutan Haram Di Bukit Tinggi

Sekianlah artikel Ahli Parlimen Bentong Kesal Tindakan Pihak Tidak Bertanggungjawab Rosakkan Patung, Rumah Anutan Haram Di Bukit Tinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Bentong Kesal Tindakan Pihak Tidak Bertanggungjawab Rosakkan Patung, Rumah Anutan Haram Di Bukit Tinggi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/08/ahli-parlimen-bentong-kesal-tindakan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ahli Parlimen Bentong Kesal Tindakan Pihak Tidak Bertanggungjawab Rosakkan Patung, Rumah Anutan Haram Di Bukit Tinggi"

Catat Ulasan

Loading...