Loading...

Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera

Loading...
Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera
link : Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera

Baca juga


Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera


MARAN: Empat individu termasuk pemandu dan penumpang sebuah bas yang membawa 19 pelajar dan dua guru Tahfiz Allaudin Bandar Pusat Jengka mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Besar Jengka 18 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan sebuah treler Volvo dan sebuah bas kira-kira jam 6.15 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati treler berkenaan dalam perjalanan dari arah Kampung Awah menghala ke Bandar Jengka sebelum terbabas dan gagal dikawal lalu memasuki laluan bertentangan.

“Bas yang datang dari arah Bandar Jengka menghala ke Kampung Awah tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi sebelah kiri treler berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, empat individu terdiri daripada pemandu dan penumpang bas mengalami luka ringan selepas terkena serpihan kaca, manakala penumpang lain tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kim Wai berkata, pemandu treler tidak mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.

Beliau menambah, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu treler yang gagal mengawal kenderaan sehingga berlaku perlanggaran.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Sehubungan itu, beliau memohon orang ramai atau saksi yang melihat kemalangan tersebut supaya tampil menyalurkan maklumat.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik IPD Maran, Sarjan Nuralisa Mohamad di talian 011-62262479 atau hadir ke balai polis yang berhampiran,” katanya. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera

Sekianlah artikel Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/08/bas-bawa-pelajar-tahfiz-kemalangan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bas Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan Dengan Treler Di Jalan Besar Felda Jengka 18, Empat Mangsa Cedera"

Catat Ulasan

Loading...