Judul : Dua Pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Chenor Maut Kemalangan Membabitkan Tiga Kenderaan Di Kampung Paya Pulai Temerloh
link : Dua Pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Chenor Maut Kemalangan Membabitkan Tiga Kenderaan Di Kampung Paya Pulai Temerloh
Dua Pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Chenor Maut Kemalangan Membabitkan Tiga Kenderaan Di Kampung Paya Pulai Temerloh
TEMERLOH: Dua pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Chenor maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 119 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, dekat Kampung Paya Pulai di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron, berkata nahas kira-kira jam 8.20 malam berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang menunggang sebuah motosikal dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Chenor.
Berdasarkan hasil siasatan awal, beliau berkata, motosikal berkenaan dipercayai cuba memotong sebuah kereta dipandu lelaki berusia 34 tahun tetapi terlanggar bahagian kanan belakang kenderaan itu.
"Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke lorong bertentangan.
"Pada masa sama, sebuah kereta dipandu wanita berusia 43 tahun dari arah Chenor ke Temerloh tidak sempat mengelak lalu terlanggar penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Nasyim berkata, rempuhan itu menyebabkan kedua-dua mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, dua remaja terbabit dikenal pasti sebagai Muhammad Nazim Dzafran Mohd Faizul berasal dari Indera Sempurna, Kuantan, yang juga penunggang motosikal itu, dan pemboncengnya, Muhammad Hafizuddin Abdullah, berasal dari Chenor, Maran, kedua-duanya berusia 17 tahun.
Mohd Nasyim berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini, untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, bapa Muhammad Hafizuddin, Mohamad Faizal Mohd Daud, 47, berkata arwah keluar dari rumah sekitar jam 6.45 petang semalam.
Ketika itu, beliau berkata, mangsa memaklumkan mahu ke masjid untuk menunaikan solat maghrib.
"Namun kira-kira jam 8 malam, ada seseorang menghubungi saya dengan menggunakan telefon bimbit anak di lokasi kejadian dan memaklumkan bahawa Muhammad Hafizuddin terbabit kemalangan bersama rakan.
"Mereka sepatutnya ke kelas tambahan selepas solat maghrib, semalam, tetapi dibatalkan," katanya ketika ditemui di HOSHAS. #beritaharian
Demikianlah Artikel Dua Pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Chenor Maut Kemalangan Membabitkan Tiga Kenderaan Di Kampung Paya Pulai Temerloh
Anda sekarang membaca artikel Dua Pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Chenor Maut Kemalangan Membabitkan Tiga Kenderaan Di Kampung Paya Pulai Temerloh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/08/dua-pelajar-sekolah-menengah-agama-sma.html

0 Response to "Dua Pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Chenor Maut Kemalangan Membabitkan Tiga Kenderaan Di Kampung Paya Pulai Temerloh"
Catat Ulasan