Loading...

Pemandu Pacuan Empat Roda Yang Menjadi Punca Tiga Maut Di Jalan Kuantan-Segamat Akan Di Dakwa Esok

Loading...
Pemandu Pacuan Empat Roda Yang Menjadi Punca Tiga Maut Di Jalan Kuantan-Segamat Akan Di Dakwa Esok - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemandu Pacuan Empat Roda Yang Menjadi Punca Tiga Maut Di Jalan Kuantan-Segamat Akan Di Dakwa Esok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemandu Pacuan Empat Roda Yang Menjadi Punca Tiga Maut Di Jalan Kuantan-Segamat Akan Di Dakwa Esok
link : Pemandu Pacuan Empat Roda Yang Menjadi Punca Tiga Maut Di Jalan Kuantan-Segamat Akan Di Dakwa Esok

Baca juga


Pemandu Pacuan Empat Roda Yang Menjadi Punca Tiga Maut Di Jalan Kuantan-Segamat Akan Di Dakwa Esok


KUANTAN: Pemandu pacuan empat roda yang menjadi punca kemalangan maut ragut tiga nyawa di Kilometer 67, Jalan Kuantan–Segamat berhampiran Chini pada 20 Jun lepas akan didakwa di Mahkamah Pekan, esok.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin ketika dihubungi mengesahkan lelaki berasal dari Kuala Krau, Temerloh itu akan dibawa ke mahkamah pagi esok.

“Ya. Suspek akan dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi esok di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Ketua Unit Forensik Hospital Segamat, Dr Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan, 33, anaknya Dhea Sofia, 2, terbunuh selepas kereta mereka naiki bertembung dengan sebuah pikap.

Turut terbunuh, pemandu Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) iaitu Ketua Penolong Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Cyberjaya, Azaharuddin Mohd Ali, 46.

Kemalangan turut menyebabkan tiga penumpang kereta dan dua penumpang MPV cedera.

Hasil siasatan polis mendapati, kemalangan dipercayai berlaku selepas pacuan empat roda terbabit dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Segamat cuba memotong sebuah kenderaan lain.

Bagaimanapun ia dipercayai hilang kawalan serta terbabas ke lorong kanan lalu bertembung dengan kereta dan MPV dari arah bertentangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut. #malaysiagazette



Demikianlah Artikel Pemandu Pacuan Empat Roda Yang Menjadi Punca Tiga Maut Di Jalan Kuantan-Segamat Akan Di Dakwa Esok

Sekianlah artikel Pemandu Pacuan Empat Roda Yang Menjadi Punca Tiga Maut Di Jalan Kuantan-Segamat Akan Di Dakwa Esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemandu Pacuan Empat Roda Yang Menjadi Punca Tiga Maut Di Jalan Kuantan-Segamat Akan Di Dakwa Esok dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/08/pemandu-pacuan-empat-roda-yang-menjadi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemandu Pacuan Empat Roda Yang Menjadi Punca Tiga Maut Di Jalan Kuantan-Segamat Akan Di Dakwa Esok"

Catat Ulasan

Loading...