Judul : Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muazam Shah Sempat Cakap 'Aku Dah Terkena Ni' Selepas Dia Dipatuk Ular Ketika Latihan Demontrasi Di Taman Temerloh Jaya
link : Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muazam Shah Sempat Cakap 'Aku Dah Terkena Ni' Selepas Dia Dipatuk Ular Ketika Latihan Demontrasi Di Taman Temerloh Jaya
Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muazam Shah Sempat Cakap 'Aku Dah Terkena Ni' Selepas Dia Dipatuk Ular Ketika Latihan Demontrasi Di Taman Temerloh Jaya
Kakaknya, Siti Aisyah Kamardin, 43, berkata, selepas memaklumkan mengenai patukan itu, arwah sempat menyimpan ular berkenaan ke dalam kotak sebelum pergi membasuh tangan.
“Namun, arwah kemudian rebah di situ sebelum anggota pasukannya membawanya ke hospital,” katanya ketika ditemui pada Ahad.
Menurut Siti Aisyah, kejadian itu merupakan kali ketiga adiknya dipatuk ular, manakala dua kejadian terdahulu membabitkan reptilia berbeza.
“Sudah tiga kali adik kena patuk ular. Yang sebelum ini, saya ingat kira-kira tiga tahun lepas. Masa itu, arwah koma sekejap sebelum mengalami serangan jantung.
“Alhamdulillah, masa itu masih boleh bertahan, cuma selepas kejadian arwah tidak boleh buat kerja berat dan buat kerja perlahan-lahan macam biasa saja,” katanya.
Berkongsi mengenai minat adiknya terhadap reptilia, Siti Aisyah berkata, Muhamad Muazam sudah lama meminati ular dan membela beberapa jenis reptilia di rumah termasuk tedung selar, python dan sawa.
Katanya, reptilia berkenaan sering dibawa ketika melakukan demonstrasi bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), namun dia tidak mengetahui secara terperinci bagaimana ular tersebut diperoleh.
“Saya tak pasti tentang ular itu, kena tanya adik angkat arwah. Tapi memang arwah yang pilih, kalau ada pertunjukan atau persembahan, memang dia akan bawa yang itu,” katanya.
Menurutnya, sepanjang seminggu sebelum kejadian, arwah juga banyak menghabiskan masa mengendalikan ular di rumah termasuk memandikan dan bermain dengannya.
Allahyarham Muhamad Muazam Shah
Allahyarham Muhamad Muazam Shah
“Saya tengok dia macam biasa saja, tak sangka pula kejadian itu berlaku,” katanya.
Mengimbas kejadian, Siti Aisyah berkata, dia menerima panggilan daripada adik angkat arwah yang memaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12 tengah malam sebelum bergegas ke hospital.
Dalam kejadian itu, Muhamad Muazam Shah yang juga anggota APM Daerah Temerloh dilaporkan dipatuk ular ketika mengendalikan reptilia berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh untuk menerima rawatan.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 1.50 pagi Sabtu di HoSHAS selepas lebih 14 jam bertarung nyawa.
Jenazah disolatkan di Masjid Kampung Bukit Kelulut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kelulut, Temerloh. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muazam Shah Sempat Cakap 'Aku Dah Terkena Ni' Selepas Dia Dipatuk Ular Ketika Latihan Demontrasi Di Taman Temerloh Jaya
Anda sekarang membaca artikel Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muazam Shah Sempat Cakap 'Aku Dah Terkena Ni' Selepas Dia Dipatuk Ular Ketika Latihan Demontrasi Di Taman Temerloh Jaya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/08/sarjan-pertahanan-awam-pa-muazam-shah.html

0 Response to "Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muazam Shah Sempat Cakap 'Aku Dah Terkena Ni' Selepas Dia Dipatuk Ular Ketika Latihan Demontrasi Di Taman Temerloh Jaya"
Catat Ulasan