Loading...

Polis Pahang Tingkatkan Rondaan Susulan Dua Kes Rompakan Kedai Emas Yang Telah Berlaku Dalam Minggu Ini

Loading...
Polis Pahang Tingkatkan Rondaan Susulan Dua Kes Rompakan Kedai Emas Yang Telah Berlaku Dalam Minggu Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Pahang Tingkatkan Rondaan Susulan Dua Kes Rompakan Kedai Emas Yang Telah Berlaku Dalam Minggu Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Pahang Tingkatkan Rondaan Susulan Dua Kes Rompakan Kedai Emas Yang Telah Berlaku Dalam Minggu Ini
link : Polis Pahang Tingkatkan Rondaan Susulan Dua Kes Rompakan Kedai Emas Yang Telah Berlaku Dalam Minggu Ini

Baca juga


Polis Pahang Tingkatkan Rondaan Susulan Dua Kes Rompakan Kedai Emas Yang Telah Berlaku Dalam Minggu Ini

 

KUANTAN: Polis meningkatkan kekerapan rondaan susulan dua kes rompakan kedai emas yang berlaku dalam minggu ini di Pahang.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata tumpuan diberikan di kedai menjual barang berharga berkenaan yang berada di kawasan rumah kedai, tepi jalan selain premis yang tidak mempunyai pengawal keselamatan.

"Ketua Polis Daerah telah diarahkan supaya mengadakan rondaan di kawasan terbabit dengan lebih kerap sebagai langkah pencegahan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihaknya mendapati kebanyakan kedai emas yang mempunyai operasi lebih kecil, dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) yang tidak berfungsi atau sekadar dummy yang dilihat menyukarkan pihak polis mendapatkan rakaman yang boleh membantu siasatan sekiranya berlaku kejadian jenayah.

Semalam, sejumlah barang kemas yang dianggarkan berjumlah RM500,000 dilarikan empat suspek bersenjatakan parang dan objek menyerupai senapang patah (pump gun) di sebuah kedai emas di Taman Pandan Damai, di sini.

Sebelum ini, sebanyak 81 barang kemas pelbagai jenis seberat 2.5 kilogram bernilai RM1.74 juta dilarikan tiga lelaki bersenjatakan kapak dan kuku kambing dari sebuah kedai emas di pusat beli-belah Sky Avenue, Genting Highlands, Bentong pada 17 Ogos.

Sementara itu, Azry Akmar berkata siasatan awal mendapati dua kes rompakan berkenaan tidak mempunyai kaitan dan melibatkan suspek berbeza.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihak polis masih lagi memburu mereka yang terlibat dalam kes terbabit," katanya. #HarianMetro 




Demikianlah Artikel Polis Pahang Tingkatkan Rondaan Susulan Dua Kes Rompakan Kedai Emas Yang Telah Berlaku Dalam Minggu Ini

Sekianlah artikel Polis Pahang Tingkatkan Rondaan Susulan Dua Kes Rompakan Kedai Emas Yang Telah Berlaku Dalam Minggu Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Pahang Tingkatkan Rondaan Susulan Dua Kes Rompakan Kedai Emas Yang Telah Berlaku Dalam Minggu Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/08/polis-pahang-tingkatkan-rondaan-susulan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Pahang Tingkatkan Rondaan Susulan Dua Kes Rompakan Kedai Emas Yang Telah Berlaku Dalam Minggu Ini"

Catat Ulasan

Loading...