Loading...

Sungai Pahang Di Pe­sagi Maran Tumbuh Rumput, Kini Makin Kering Sehingga Boleh Dilalui Pejalan Kaki Dan Penunggang Motosikal

Loading...
Sungai Pahang Di Pe­sagi Maran Tumbuh Rumput, Kini Makin Kering Sehingga Boleh Dilalui Pejalan Kaki Dan Penunggang Motosikal - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sungai Pahang Di Pe­sagi Maran Tumbuh Rumput, Kini Makin Kering Sehingga Boleh Dilalui Pejalan Kaki Dan Penunggang Motosikal , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sungai Pahang Di Pe­sagi Maran Tumbuh Rumput, Kini Makin Kering Sehingga Boleh Dilalui Pejalan Kaki Dan Penunggang Motosikal
link : Sungai Pahang Di Pe­sagi Maran Tumbuh Rumput, Kini Makin Kering Sehingga Boleh Dilalui Pejalan Kaki Dan Penunggang Motosikal

Baca juga


Sungai Pahang Di Pe­sagi Maran Tumbuh Rumput, Kini Makin Kering Sehingga Boleh Dilalui Pejalan Kaki Dan Penunggang Motosikal

MARAN: Sungai Pahang di Pe­sagi di sini, semakin kering sehingga boleh dilalui oleh pejalan kaki dan penunggang motosikal, malah terdapat kawasan yang sudah di­tumbuhi rumput.

Kawasan yang dahulunya terkenal dengan lubuk ikan ke­rana dasar yang dalam dan berarus deras itu berubah menjadi kering-kontang dan membentuk daratan berpasir.

Jika tiga tahun lalu kawasan kering itu hanya sepanjang tiga kilometer, namun kini telah mencecah enam kilometer.

Seorang penduduk, Ahmad Tarmizi Yusuf, 56, berkata, kea­daan itu bukan hanya berlaku pada musim kemarau, sebalik­nya berlangsung sepanjang tahun di cabang sungai berhampiran jalan Kampung Pesagi.

“Memang sudah berubah kalau dulu ini adalah sungai tetapi ia sudah menjadi ‘padang pasir’, kalau ada hujan pun hanya ada air di kawasan alur sahaja dan menjadi seakan kubang (lopak) sahaja.

“Tidak tahu apa puncanya dan keadaan ini sebenarnya menyukarkan kami yang terpaksa berjalan jauh di atas ­pasir untuk ke bot yang diletakkan di cabang sungai bersebelahan.

“Dengan keadaan panas terik seperti ini pasir sungai terlalu panas sehingga kaki hampir melecur berjalan di atasnya,” katanya ketika ditemui di Kampung Pesagi di sini baru-baru ini.

Ahmad Tarmizi berkata, pada masa ini terdapat pam pasir yang beroperasi di cabang sungai bersebelahan menyebabkan sungai tersebut masih dipenuhi air.

Justeru dia berharap agar ke­rajaan dapat mengambil tindakan segera termasuk mengorek dan memindahkan pasir di su­ngai berkenaan.

Sementara itu, penternak ikan sangkar, Khairul Nizam Omar, 43, berkata, keadaan sungai yang kering menyebabkan dia terpaksa berhadapan dengan kerugian sebelum ini.

Menurutnya, meskipun ka­wa­san sangkarnya merupakan yang paling dalam di situ, namun keadaan air yang ­kering dan permukaan cetek menye­bab­kan penternakan ikan patin tidak dapat dilakukan.

Justeru katanya, dia terpaksa memindahkan kesemua 60 sangkar ikan miliknya ke kawasan lain yang lebih jauh daripada ­rumahnya di Kampung Pesagi di sini.

“Sejak tiga tahun ini kawasan ini seakan tidak berubah dan menjadi padang pasir, jadi kami harap keadaan ini dapat dipulihkan semula,” ujarnya. #KOSMO



Demikianlah Artikel Sungai Pahang Di Pe­sagi Maran Tumbuh Rumput, Kini Makin Kering Sehingga Boleh Dilalui Pejalan Kaki Dan Penunggang Motosikal

Sekianlah artikel Sungai Pahang Di Pe­sagi Maran Tumbuh Rumput, Kini Makin Kering Sehingga Boleh Dilalui Pejalan Kaki Dan Penunggang Motosikal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sungai Pahang Di Pe­sagi Maran Tumbuh Rumput, Kini Makin Kering Sehingga Boleh Dilalui Pejalan Kaki Dan Penunggang Motosikal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/08/sungai-pahang-di-pesagi-maran-tumbuh.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sungai Pahang Di Pe­sagi Maran Tumbuh Rumput, Kini Makin Kering Sehingga Boleh Dilalui Pejalan Kaki Dan Penunggang Motosikal "

Catat Ulasan

Loading...