Loading...

Tengku Hassanal, Kerabat Diraja Pertama Tamat Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67 (A)/26 Di Kolej Tentera Udara

Loading...
Tengku Hassanal, Kerabat Diraja Pertama Tamat Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67 (A)/26 Di Kolej Tentera Udara - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tengku Hassanal, Kerabat Diraja Pertama Tamat Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67 (A)/26 Di Kolej Tentera Udara , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tengku Hassanal, Kerabat Diraja Pertama Tamat Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67 (A)/26 Di Kolej Tentera Udara
link : Tengku Hassanal, Kerabat Diraja Pertama Tamat Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67 (A)/26 Di Kolej Tentera Udara

Baca juga


Tengku Hassanal, Kerabat Diraja Pertama Tamat Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67 (A)/26 Di Kolej Tentera Udara


ALOR SETAR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah melakar sejarah sebagai kerabat diraja pertama menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67 (A)/26 di Kolej Tentera Udara (KTU), di sini.

Baginda menjalani kursus berkenaan bermula 2 Jun hingga 31 Julai lalu menggunakan helikopter EC120B Colibri.

Tengku Mahkota Pahang bersama 39 peserta lain menamatkan latihan penerbangan dan seterusnya menerima Sayap Penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penyampaian sayap itu disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Kolonel Yang Dipertua TUDM, pada istiadat di Padang Kawad KTU, hari ini.

Keseluruhan 39 graduan berkenaan terdiri daripada 38 juruterbang muda dan dua jurusensor senjata-pejuang daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Daripada jumlah itu, 32 pegawai adalah daripada TUDM, manakala tiga pegawai daripada Tentera Darat Malaysia (TDM) dan empat pegawai daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Istiadat berkenaan membabitkan graduan daripada empat kursus penerbangan iaitu Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67(A)/26, Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67/25, Kursus Asas Penerbangan Siri 87/25 serta Kursus Asas Jurusensor Senjata-Pejuang Siri 01/25.

Dalam istiadat itu turut berlangsung pengurniaan enam anugerah kepada graduan terbaik berdasarkan pencapaian dalam aspek penerbangan, akademik, disiplin dan kepimpinan.

Anugerah berkenaan ialah Graduan Terbaik Keseluruhan Sayap Putar kepada Leftenan Ahmad Faiz Roslan TUDM yang menerima Piala Panglima Tentera Udara; Graduan Terbaik Keseluruhan Sayap Kaku kepada Leftenan Safwan Lukman Miswanto TUDM yang menerima Piala Panglima Tentera Udara

Sementara itu, Graduan Terbaik Keseluruhan Jurusensor Senjata-Pejuang diberikan kepada Leftenan Muhamad Syahmi Mohd Nawi TUDM yang menerima Piala Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.

Turut menerima pengiktirafan ialah Graduan Terbaik Akademik, Leftenan Muhammad Naim Rami TUDM yang menerima Piala Panglima Pendidikan dan Latihan Udara; Graduan Terbaik Sayap Putar, Leftenan Ku Muhammad Azfar Ku Abdul Shukur TUDM yang menerima Piala Komandan.

Graduan Terbaik Sayap Kaku, pula diberikan kepada Leftenan Muhammad Atif Muhamad Noor Azam TUDM yang menerima Piala Komandan.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri, Muhamad Norazlan Aris berkata, kejayaan Tengku Mahkota Pahang dan semua graduan adalah hasil ketekunan, semangat juang, ketahanan mental serta disiplin tinggi sepanjang menjalani latihan.

Beliau berkata, kejayaan itu turut didukung doa, dorongan dan semangat daripada ibu bapa serta ahli keluarga yang sentiasa berada di belakang para graduan sepanjang tempoh latihan.

"Pengurniaan sayap penerbangan bukanlah penamat kepada sebuah perjalanan. Sebaliknya, ia permulaan kepada amanah dan tanggungjawab yang jauh lebih besar.

"Mulai hari ini, sayap yang tersemat di dada membawa bersamanya maruah, harapan dan kepercayaan perkhidmatan serta negara, "katanya.

Muhamad Norazlan berkata, setiap pemakai sayap dituntut memartabatkan disiplin, integriti, keberanian dan kesetiaan dalam melaksanakan amanah serta mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

Katanya, ilmu, kemampuan dan keperibadian yang diterapkan sepanjang latihan diyakini membolehkan para graduan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi demi agama, bangsa dan negara. #HarianMetro 



Demikianlah Artikel Tengku Hassanal, Kerabat Diraja Pertama Tamat Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67 (A)/26 Di Kolej Tentera Udara

Sekianlah artikel Tengku Hassanal, Kerabat Diraja Pertama Tamat Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67 (A)/26 Di Kolej Tentera Udara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tengku Hassanal, Kerabat Diraja Pertama Tamat Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67 (A)/26 Di Kolej Tentera Udara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/08/tengku-hassanal-kerabat-diraja-pertama.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tengku Hassanal, Kerabat Diraja Pertama Tamat Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67 (A)/26 Di Kolej Tentera Udara "

Catat Ulasan

Loading...