Judul : Wan Rosdy: Pahang Disasarkan Menjadi Antara Negeri Yang Termaju Di Semenanjung Malaysia Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang
link : Wan Rosdy: Pahang Disasarkan Menjadi Antara Negeri Yang Termaju Di Semenanjung Malaysia Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang
Wan Rosdy: Pahang Disasarkan Menjadi Antara Negeri Yang Termaju Di Semenanjung Malaysia Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang
KUANTAN: Pahang disasarkan menjadi antara negeri yang termaju di Semenanjung Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang berdasarkan kepada perkembangan semasa termasuk dari sudut ekonomi dan pembangunan.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Pahang kini berada di landasan yang tepat ke arah sebuah negeri maju daripada pelbagai aspek termasuk pelaburan dan pembangunan serta pencapaian ekonomi.
“Kadar pengangguran kita daripada 2.2 peratus turun kepada 1.3 peratus, kehadiran pelancong meningkat dan boleh dikatakan berada di landasan yang baik.
“Masa depan Pahang insya Allah dan tidak mustahil Pahang akan menjadi negeri paling maju di Semenanjung Malaysia dalam lima tahun akan datang,” katanya pada Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di Dewan Sri Mahkota di sini, hari ini.
Menurut Wan Rosdy pembangunan infrastruktur akan terus dilakukan termasuk dalam pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan dan juga penambahbaikan Pelabuhan Kuantan yang akan memberikan impak dalam menarik lebih ramai pelabur.
Justeru katanya adalah penting dalam memastikan kestabilan politik agar kerajaan negeri dapat memberikan tumpuan dan menyakinkan pelabur untuk terus datang ke Pahang.
Dalam pada itu beliau berkata, peranan Polisas perlu bergerak seiring dengan segala perubahan di negeri ini yang melalui satu fasa pembangunan yang baharu.
Katanya kerjasama strategik akan terus dilakukan bersama Polisas yang mana institusi itu menjadi sebahagian daripada kekuatan yang menggerakkan pembangunan Pahang.
“Saya yakin dengan pengalaman 50 tahun yang dimiliki, kekuatan warga kerja, kesungguhan para pelajar dan alumni serta kerjasama kerajaan negeri dan pihak industri, Polisas mampu melangkah lebih jauh.
“Kalau 50 tahun yang lalu POLISAS mampu membina nama dan melahirkan lebih 60,000 graduan, saya percaya 50 tahun yang akan datang boleh membawa kejayaan yang jauh lebih besar,” ujarnya. #KOSMO!
Demikianlah Artikel Wan Rosdy: Pahang Disasarkan Menjadi Antara Negeri Yang Termaju Di Semenanjung Malaysia Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang
Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy: Pahang Disasarkan Menjadi Antara Negeri Yang Termaju Di Semenanjung Malaysia Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/08/wan-rosdy-pahang-disasarkan-menjadi.html

0 Response to " Wan Rosdy: Pahang Disasarkan Menjadi Antara Negeri Yang Termaju Di Semenanjung Malaysia Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang"
Catat Ulasan