Loading...

Agong Berkenan Memberikan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib, Benarkan Menjalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah

Loading...
Agong Berkenan Memberikan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib, Benarkan Menjalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agong Berkenan Memberikan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib, Benarkan Menjalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agong Berkenan Memberikan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib, Benarkan Menjalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah
link : Agong Berkenan Memberikan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib, Benarkan Menjalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah

Baca juga


Agong Berkenan Memberikan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib, Benarkan Menjalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membenarkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda sebanyak RM50 juta.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan hari ini.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan Najib turut diwajibkan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sepanjang menjalani tahanan di rumah.

“Sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara,” menurut kenyataan itu.

Keputusan itu menyusul selepas permohonan pengampunan Najib ditangguhkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke-63 pada 11 September lalu.

Dalam mesyuarat berkenaan, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri itu ditangguhkan untuk dipertimbangkan pada mesyuarat Lembaga Pengampunan seterusnya.

Sebelum ini, Lembaga Pengampunan pada 29 Januari 2024 memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara Najib dalam kes SRC International daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International. #AstroAwani



Demikianlah Artikel Agong Berkenan Memberikan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib, Benarkan Menjalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah

Sekianlah artikel Agong Berkenan Memberikan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib, Benarkan Menjalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agong Berkenan Memberikan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib, Benarkan Menjalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/09/agong-berkenan-memberikan-pengampunan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Agong Berkenan Memberikan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib, Benarkan Menjalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah"

Catat Ulasan

Loading...